Sebelum aku balik,
Akmal Farish : Mak long nak balik rumah sapa?
Ana : Mak long nak balik rumah mak long lah. Abang nak ikut mak long balik ka?jom lah.
Akmal Farish : Abang tak mau balik rumah mak long. Abang nak balik rumah abang.
Ana : Mak long balik umah abang dulu,lepas tu mak long balik umah mak long lah.
Haiyyya..budak kecik ni..pandai ja..Balik rumah wa,tertidur sampai asar. Letih kot,semalam sampai lambat. Bangun awal. Dah tu merempit sampai ke Padang Besar. Penat oooo..Midah pun tumpang sekaki. Sebelum balik,sempat wa pujuk tidur situ. Sedih bila terpaksa tolak permintaan wa. Sekarang dah agak renggang dengan wa. Satu perubahan yang ketara sekarang ni..maaf ya wa.
Cuti ni..
best sangat..Dik iti balik.tapi dengan suami dia lah..ok2...aku cuba terima kenyataan..masa akan sentiasa berlalu..perubahan kan sentiasa berlaku..Hari isnin kenduri lagi..memang balik makan kenduri ja lah kan..sedap sangat taw..
Hari jumaat terus lah,Aku jemput bakal adik ipar mai umah. Reaksi mak? Entahlah,sukar ditafsir.. Adik hadi pun balik..I LIKE sangat2..Sebab aku rindu sangat dengan adik Hadi. Hanya Allah yang tahu aku rindu dia..entah lah ,tak tau sebab apa rindu adik yang sorang ni sangat-sangat..
Hari ni?
Kenduri sepupu aku pulak,Anak pak lang yang kedua kahwin. Tema hari ni warna merun. Cantik mempelai kita. Alhamdulillah banyak masjid yang terbina tahun ni,Semoga kekal abadi dengan pasakkan iman yang mantap. Semoga melahirkan generasi yang cemarlang dunia dan akhirat..Amin
Jumpa lagi tahun depan..insya-Allah