Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday, September 25, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

Cuti kawin pun dah habis dah..tapi aku lambat sikit lah update..asyik tangguh ja nak buat entri ni..Eh..lupa pula nak cakap..bukan cuti kawin aku,sebab bukan aku yang kawin ok..sepupu kesayangan aku..bila?

10-09-2011.. dah lepas kan? sebelah lelaki..17-09-2011..sweet lahh

yang pakai baju pengantin tu lah dia..cantik kan..

sekitar gotong-royong kenduri kawin dia lah..macam ni lah kampung aku..time kenduri memang best lah..sebab ramai yang datang tolong..

masa berinai..dia nak sangat pakai waktu siang..pengantin lain tak buat tapi dia nak buat..aku ikut jalah..aku jadi tukang pakai inai lah..jawabnya,aku pun pakai sekali lah..dah merah lain macam ja jari aku..huhhhuhu..alasan kan?

ANTARA HANTARAN PIHAK PENGANTIN PEREMPUAN..
agak penat untuk perah otak buat hantaran ni..banyak guna riben ok..apa pun semuanya siap tepat pada masanya walaupun ada pertambahan di saat-saat akhir..



ANTARA HANTARAN PIHAK PENGANTIN LELAKI

mas kawin..RM888.88..cun tak?
tak ada cincin kawin..gelang tangan kawin ok..huhhuhuhu

masjid yang menjadi saksi terbinanya ikatan suci perkahwinan..MASJID AL-MUNAWWARAH..kampung Sungai Bugis..Perlis
sesi penyerahan mas kahwin..


pengantin di arak dengan geng-geng motosikal ni..best kot..teringin nak naik..siapa ya yang nak tolong tunaikan impian ni?

rombongan pegantin dah sampai depan rumah dah..ada acara minta izin untuk masuk..biasa lah,,adalah yang kekok sikit,,PERAK dan PERLIS mesti ada yang berbeza..


ni time makan beradap..akuï dah sibuk sangat dah time ni..melayan kawan-kawan dik ti bagi pihak dia..

Menteri Besar Perlis pun sempat datang juga..memang tak sangaka pun dia nak datang,dia datang pun macam orang lain..biasa ja..
dah lepas makan..ambil gambar lah pulak..raja sehari lah katakan..sema cantik bagai pinang di belah dua..
semua tetamu dah balik..malamnya,sesi buka hadiah..sempat ana mengusik adik siti..hemm...last sekai..selamat pengantin baru..semoga bahagia di dunia dan akhirat...

keesokkan paginya..pengantin baru hantar aku balik nilai,,hantar sampai kangar ja..aku naik bas..bermula lah sem baru aku..huh

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.