Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, July 29, 2011

KEMBARA HAFIZAH : HARRY POTTER



Harry Potter and The Deathly Hallows part 2



Aku tak pernah fanatic dengan filem ni,tapi ikut lah juga. Dari Harry,Harmoni dan Ron comel sampai lah dah segak bergaya dan cantik. Kiranya macam membesar dengan cerita nil ah juga kan?Alah banyak ja orang macam tu kan?

ha yang ni memang kacak..tak setuju dengan aku tak pa,tak kisah..huh



Kisah sihirnya jangan lah dijadikan ikhtibar,Nampak sangat terpesong akidah. Kisah persahabatan,sangat hebat. Percintaan?tak kurang hebat,hebat sabab walaupun cinta tak berbalas,dia masih tetap setia sehingga sanggup melindungi anak kekasih tak jadinya tu,anak tu mestilah Harry Potter. Dasyat ?boleh lah,tragis lah juga.


Bukan cerita ni yang aku nak angkat untuk entri kali ni.

Kali ni,kisah aku dan sahabat sekolah menengah dolu-dolu. Depa ni lah yang ajak aku keluar tengok wayang. Seronok. First time aku tengok versi 3D. Best pengalaman ni,memang tak boleh beli dimana-mana. Tapi pengalaman memang tak boleh dibeli pun kan?bukan pengalaman tengok wayang guna 3D saja kan?

Masa masuk dalam panggung wayang tu,aku dan sahabat 5orang,ada 4 orang belakang aku. Mak ai,macam panggung ni aku yang punya lah pulak. Apa lagi,BEBAS melakukan apa saja. Bila kami bersama memang banyak lah celotehnya. Islamic habis cerita Harry Potter. Habis diolah kami lima orang. Macam nil ah kami.


Kami sampai rumah Midah,dah asar dah,so solat dulu. Dah tu sambung bergosip sambil makan cucur pisang dengan air oren ais. Tak sesuai tapi telan juga lah. Kak Long hantar Norni dulu,dah tu balik Padang Besar dengan Sofia.Aku? midah lah hantar balik.


Sampai rumah,apa lagi..midah kutip novel lah. Brapa entah dia pinjam. Dah tu kami bersembang. Topik? SEMESTINYA POLITIK MALAYSIA. Memang gila betul polotik Malaysia sekarang. Habis semuanya nak dipolitikkan. Pendidikan pun tak terkecuali..


Pilih lah pemimpin berdasarkan agamanya,Insya-Allah tidak akan rugi. UMNO,PAS,PKR,DAP,MIC,MAC dan tah apa-apa lagi..semuannya ok selagi perjuangkan ISLAM. Masuk kubur Malaikat tak Tanya bangsa apa?tapi agama apa? Allah memuliakan hambanya berdasarkan ketaqwaan buka berdasarkan kekayaan..fikir dan pilih dengan hati bukan dengan minda.

Penutup cerita, lain plk ya..bukak td tajuk lain.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.