Aku menghabiskan pembacaan dua buah novel.
BERCINTA DALAM TAHJUDKU
Ni novel pertama yang aku habiskan. Sinopsisnya...
Jika perempuan muda dan manja daripada kalangan golongan berada, tiba-tiba dihadapkan dengan peristiwa dahsyat ditinggalkan ayah tercinta buat selamanya dengan cara tragis,mampukah dia tegar?
jika tidak lama sejak peristiwa itu, orang yang dia sukai selama ini benar-benar tidak memilihnya, namun memilih sahabatnya. Akankah dia terus tegar?
Jika bahkan tidak lama selepas dari itu ,dia dihadapkan kembali dengan peristiwa yang menyebabkan dia tidak sempurna dalam derita. Dapatkah dia tetap menahan tegar?
Novel ini mengajar makna pelajaran paling penting dalam kehidupan,yakni sabar dan tawakal.
HANTARAN KASIH TUHAN
ini novel kedua aku. Sinopsisnya...
Hidupnya cinta bukan kerana bahagianya kita. Itu perkara pertama yang Nur Wardah pelajari pada saat dia mengabdikan dirinya bagi membangunkan Yayasan Darul Wardah. Dia berasa cintanya kuat di situ bagi membantu mereka yang memerlukan.
Hidupnya cinta bukan kerana rupa. Itu pengajaran kedua yang Nur Wardah pelajari saat dia bernikah dengan Engku Ashraf. Hidupnya sengsara dan jauh daripada bahagia. Semuanya kerana zahir kakinya yang tidak sempurna akibat virus polio sejak kecil,dan Engku Ashraf mentafsirkannya dengan penuh kesalan.
Hidupnya cinta bukan kerana kesempurnaan diri. Itu perkara terakhir yang Nur Wardah pelajari,pada saat suami terlantar di katil hospital. Tanpa jemu dia menjaganya dan dalam ketidak sempurnaan itu,tumbuh cinta Engku Ashraf kepada isterinya. Cinta yang lahir daripada ketidaksempurnaan.
Hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita. Itu pekara yang tidak sempat Nur Wardah pelajari pada saat lahirnya Engku Nurain,kerana dia meninggalkannya untuk kita pelajari sendiri. Ia akan mempertemukan kita kepada erti cinta sejati dan makna perjalanan yang abadi.
Kecekalan dua insan hasil imignasi penulis kedua-dua novel ini membuatkan ana rasakan diri ini kerdil dan lemah. Terdetik juga di hati untuk menjadi seperti Wardah. Buka pusat anak yatim. Tapi aku sedar jika bertekad mahu membina pusat tersebut,aku perlu bersedia fizikal dan mental. Perancangan yang teliti juga sangat diperlukan. Insya-Allah..
p/s:aku nak sambung buat assiggment yang tertunggak gara-gara gila novel seketika..
0 comments:
Post a Comment