Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday, September 13, 2011

SPR

SPR- Suruhanjaya pilihan Raya.

16082011,aku telah mendafatar sebagai pengundi. Masih ramai yang beranggapan mengundi tidak penting. Tapi bagi aku, ni adalah salah satu tanggungjawab serta kewajipan aku sebagai warganegara MALAYSIA. Parti mana yang bakal di pangkah itu tidak perlu menjadi persoalan atau masalah. Semua orang diberi pilihan,So pilih lah.

Cuma aku nak ingatkan satu hal, membuang POLITIK dari kehidupan dan hanya mengutamakan AGAMA adalah salah. Ini bermakna sistem SEKULARISME yang dicipta musuh kita telah Berjaya. Jika politik Malaysia kotor jadi bukan kah tugas kita sebagai rakyat Malaysia untuk mebersihkannya kembali. Ok, aku bukan nak ajak adakan BERSIH lagi. Jangan salah faham pulak.

Namun disebalik ketidaksedaran golongan remeja atau belia Negara untuk menjalankan tugas mereka untuk mengundi, aku puji segolongan remaja dan juga belia yang hebat dalam polotik dan agamanya. Sememangnya, agama dan polotik harus seiring. Bukankah Rasulullah beribadah di malam hari dan mentadbir Negara di siangnya? Berusahalah menjadi sehebat Rasulullah walaupun kita tahu kita tidak akan mampu,namun sekurang-kurangnya kita berusaha ke arah yang lebih baik.

Adakah ISLAM mengajar untuk hanya mementigkan AKHIRAT dan mengabaikan tanggugjawab pada Negara ? JANGN MENJADI FITNAH PADA AGAMA!

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.