Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, September 21, 2011

HB NURLIYANA ADNAN



Yana ni sahabt baru aku di USIM..bukan baru jumpa atau baru bersahabat dengan dia..tapi sahabat aku yang baru di dunia baru aku,DUNIA USIM..bukan dia sorang lah sahabat aku dekat sini tapi aku nak cerita tentang dia sebab nak cakap dekat dia SELAMAT HARI LAHIR,SANAH HELWAH,HAPPY BIRTHDAY..tiga bahasa saja yang aku tahu,,nanti aku tingkatkan kosa kata dalam bahasa lain pulak..



Alkisah birthday girl...

birthday dia dah lama dah lepas,sengaja aku rancang sambut lambat,lagi pun fulus agak kering masa tu..aku ni sahabat yang kejam sikit..yang mana yang orang tak suka yang tu lah yang aku nak buat sangat.. pelik tetapi benar..agak jahat,tapi tak jahat sangat la,,,nakal sikit..heh



SEM3..jpa masuk,

apa lagi,rancangan pun berjalan. Persiapan dilakukan sebaik mungkin, walaupun tak best mana pun..aku tak pandai jadi perancang majlis lah..eheh,,,merendah diri pulak..biasa bro..

I think Yana tak perasan pun nak buat majlis ni,coz keesokkan harinya birthday SAKINAH KHIRI,,majlis tu di ketogorikan dalam majlis yang santai dan rancangan menjadilah juga..


Ni makanan rasmi malam tu dan hadiah dua orang birthday girl tu lah..tak dapat sedia yang menaraik,itu saja lah yang mampu..

romantik tak gambar ni..alah malu pulak ana cakap sal romantik mantik ni..birthday girl suap kek untuk aku..


UCAPAN:

semoga berjaya dunia akhirat,dan ucapan yang selebihnya ada dalam kad birthday Yana,so Yana sorang ja lah yang boleh baca..


PERHATIAN:

Sekrang Yana demam,sebagai sahabat yang tak pandai jaga orang sakit,aku just pergi melawat semalam,itu pun tanpa perasaan..serius memang tak tahu nak buat apa bila ada orang sakit..lebih-lebih lagi banyak orang lain yang nak jaga dia..so,jagalah Yana saya elok-elok ya..dalam bab ni,aku agak kejam kan?memang tak ada perasaan kan?heh

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.