Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, August 16, 2013

Adilfitri di Sarawak

Alhamdulillah, Maghrib 1 syawal aku selamat mendarat di lapangan terbang kuching. Kami bertolak dari LCCT Asar 29 Ramadhan. Pengalaman pertama aku naik kapal terbang, pilotnya seorang perempuan, kptn. Ain. Terbaik punya landing..slow n steady ja..

org asma yg bru kluar wad icu, kena pakai mask time keluar..huhu

Penerbangan pergi balik Sarawak free. Itu kisahnya aku dpat sampai Sarawak. Di taja oleh  mak miza. Untunglah! memang sangat beruntung. Kiranya kami sampai ni dh mlm raya lah. Sepupu Miza datang ambil kami bertiga, balik singgah di rumah nenek n atok miza dulu. Cara orang bugis sambut raya memang meriah. Ada kenduri di rumah nenek dia td.

Mlm ni 1st time aku makan burasak. Aku suka. Bukan semua orang juga dapat buat, hanya orang2 yg sabar shja. dekat sini semua orang dok tengok miza, makcik2 dia, coz baru keluar icu kn?hahaha, orang sakit yang di nanti.

lepas mkn baru balik rumah Miza. Dekat rumah Miza part yang paling best. Aku rasa macam duduk London. Sejuknya yang amat. Aku selimut 2 lapis, pakai stokin lg. Hebat lah aku. Mak miza tido xberselimut pun, rleks ja. xsejuk pun.
Pagi raya

Paling ketara waktu solat. Awalnya subuh! aku dh siap pakai baju raya, mak aku baru nk solat subuh d perlis. Suka,suka,suka..
solat sunat aidilfitri macam biasa.. lpas solat yg luar biasa. Ada acara makan ramai2. Setiap family akan bawa buarsak beserta lauk. Kita akan mkn mknn yg d dpn kita, kalau mknn dpn kita 2 yg kita punya, kita tukar lah. Best kan? mengeratkan silaturahim.
Mknn dihidang sepnjg yg blh.

Ni lauk yg dok dpn kmi..Yummi!

Ni lah burasak..yg 4segi..dia adalah sejenis nasi yg lain ckit cra pentediaannya,
 lbh kurg nsi impit

pnjg kn..in progress lg ni.

Balik masjid, kami ke rumah nenek miza. Lawak lah dapat duit raya.  Comel ank saudara Miza ni pakai baju kurung. Atirah. Tp sik mauk dgn org. susak gilak nanga sidak senyum..heheheh..ak nk spking srwk, tp hancus!ak suka dgr diaorg ckp..sarawak ok lg, bhs bugis mmg xfaham, wassalam lah..

Aku kan gila mknn sprti kek, pizza, n segala mcm yg ala2 barat tapi yg utama kek n coklat lah. aku tak hentam benda lain, aku hentam kek saja. lg2 kek sarawak yang mahal gila dekat semenanjung. Habis lah kau kek sarawak! tambh2 bila org dok sembg dlm bhs bugis, lg lh cpt tgn aku kutip kek.





Balik rumah Miza sat, petang pi beraya lagi.

kita masuk hari ke3 raya. Hari ni 15buah rumah aku d bawa beraya. awal2 tu pulun habis au makan kek sarawak, tanbah2 kek chess. licin aku mkn. macam malu pulak bila d fikir2. Walaupun dkt umah miza kalau buka bekas kuih raya, aku mesti mkn kek, still xmemuaskan. xcukup lg. P rumah saudara miza aku bedal sunggh2 kek. Gila kek betul aku rasa msa 2..syurga kek. saya suka, saya suka.

sampai rumah ke15, baru aku tau langit tu tggi..minum air pun share dgn miza..kahkahkah. 

Dekat rumah miza pulak, mak dia kerja masak ja. masak laksa sarawak, ikan sumbat, rontok, memang terbaik, sedap! aku ni kan jenis memilih sikit mkn, nasib lah aku makan semua yang mak miza masak. Yang pasti sebab sedap lah.

Lps 2 boleh pulak p jalan2 di kuching.. xda lain, sbb aku nk tgkp gmbr dgn kucing besaq, nk beli kek n terubuk masin. terubuk masin ni mak n dik iti aku nak. Kami naik boat p seberang belah sana..hehehheh.Aku xtau pun sarawak ni femes dgn terubuk masin. Rupanya kucing besaq tu d tgh2 jalan raya, dkt trfic light plk 2..malu weh..nasib lah ada mat n minah saleh dok tgkp gmbr jugak, maka aku pun tumpang sekaki jgk lah.heheheheh
dia nk sgt kucing bsaq..ada apa tah..

Amir ,anak saudara Miza yang sulung dah pent berjalan, sian dia



kami naik ni utk p dkt kucing besar..heheheh

yg ni nanti2 lah pulak ya ..

Kami p jalan2 dgn .mak saudara miza, f. ina, sepupu miza, elong, anak saudara miza, Amir. lps beli kek n terubuk masin, kami makan sat. lpas tu terus balik umah. Letih! tido.

Berikutnya, aku n miza mengikuti pekej percutian 2hari 1 malam di rumah nenek miza. malam ni aku cuba makann baru, apatah nama dia, takut jugak nk mkn, tapi lps mkn sdp pulak. rsa mcm mentarang dekt perlis. heheheh..

Mau balik sudah, sat ja smggu.
ayah miza azankn aku n miza sebelum bertolak. Pak cik miza hantar kami ke airport. bergambar lah seketika, xatau bila pulak dapat sampai sini kan.



Gmbr ni khas utk adik Muhammad..dia suka kpl trbg..

P/S : kami terbg balik bersama Ramona Zam Zam..huhuu..wlaupn dia cuba tutp muka, aku still cam tau..coz aku gila tv..cinta jannah.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.