Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday, October 14, 2013

Kisah sebelum Aidiladha

Alhamdulillah selamat sampai di Perlis dengan Miza.. Asyik2 miza ikut aku balik kampung. Eh! suka hati k. Full stop! Jawapan sombong gila, tapi bila diterang pnjang2 , kalau tak faham jugak, jadi sakit hati. baik xpayah.

Cool down! sabar itu indah. xmau marah..marah tu dari syaitan. Maafkan mereka, tekan ego n segala sifat mazmumah serendah2nya..utk merasa diri ini hamba Allah.


Hari pertama sampai kami terus ke Padang Besar. Tunggu adik Muhammad balik sekolah. terus p shopping di Padang Besar. Berhanti bergambar di ampang Perlis dulu. buatan manusia sbsr ni? perghhh..


Adik Arfah belanja pulut ayam! perghhhh..lama xmakan, aku memang suka sangat, kalau ayah kawan aku p pdg bsr mesti pesan, ni kisah dulu2 lah...heheheh. Yummmi!


Benda yang paling penting aku nak beli, KELAMBU. Sebab? aku xsuka jaga tengah malam sebab habis kena gigit dgn nyamuk. Tapi masalah juga, bdk2 umah aku xda pulak kena gigit nyamuk selain aku..darah terlebih manis kot, Ina cakap lah,,,hehehe. Ku bahagia bila dapat kelambu biru satu. Tidur lena dgn kelambu.

Balik dr Pdg Bsr, kami singgah di Gua Kelam. Aku, Miza, Adik Muhammad, n Adik Wani masuk berjalan merentas gua. Mak n Adik Arfah tggu luar. lutut ma aku xbrpa kuat lg, jatuh tgga hr tu. Nasib xteruk. Laps tu tggu adik Muhammad n Wani mandi sat, baru balik p umah wa. Ni umah wajib aku pi. Tak boleh duduk kalau tak p bila balik kg.


Tak hbis lg berjalan. Balik p Kuala Kedah pulak. p ziarah makcik n abang2 n adik aku kt sana. Mak aku n makcik bersembang sakan sgguh depa. Madu yang patut dicontohi..hehehhe

Balik rumah tersepuk dpn Tv.

Hr2 berikutnya hujan. Maka tidak berjalan lah kami. Alhamdulillah dapat belut. tapi aku sempat bg miza makan lendir belut+ roti sekeping ja..lupa pulak nk bawa balik Nilai, dah la susah nk dapat. Mungkin ada hikmah aku terlupa kan?


Sehri seblm raya, aku macam biasa, dtugaskan balut ketupat. Patang ckit, hujan dh berhenti, aku p kangar, beli tudung raya dgn Miza. Tapi mknn yg aku nak xdapat..orang dh tutup kdai,esok raya ma.. nIat d hati, balik Perlis kali ni aku nak makan puas2, dok Nilai kerja teringat nak makan macam2..tapi xda rejeki lagi nmpknya..

 tapi sempat lah jalan dekat titi gantung sat.




Adik Hadi mugkin xdapat cuti, dia dah balik smggu sblm aku balik sbb sakit tangan. Hurmmm..mcm xbest  ja raya xcukup adik beradik ni.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.