Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, August 08, 2013

Kisah sebelum Aidilfitri

Ak balik dari perlis. Rehat kejap. menyusun jadual utk hr ni. Walau hakikatnya aku blurrrrr! Mak miza msj nak datang. Miza btl2 xchat ni, mak dia pun sggup terbang dr sarawak. Ak p Hsptal Serdg dlu. Ak mmg lemh. Ak sedih tgok dia mcm 2. Ya Allah..semoga dia dikurniakan ganjaran pahala dgn sabarnya dia dgn pykit yg kau berikan ini.

Ak amik mak miza n sepupu miza d LCCT. Aku penh tgok gmbr mak miza, jd ak mcm dh kenl lh mak miza. Kami terus ke Hspital Serdg.

Dokter tak lepaskan miza balik walaupun akan terlepas flight. Aku xkisah, lagi pun tket promosi..heheh budjet anak orang kaya kan? xda lah, kesihatan miza lg penting masa ni. Miza dah ok ckit lpas dua hr d ICU, mgkin mak dia d sisi yang memepercepatkan kesembuhan dia. cewah ayat!

1st time mak miza tgok dia dlm keadaan penuh wayar berselirat sampai ke kaki, memang sayu. Masa tu pulak, intubate miza xbuka lagi, dia tak boleh cakap, nasib aku bawa kertas n pen, jadi miza bckp melalui tulisan ja. mula2 miza tulis bhsa bugis, mak n sepupu dia tak dapat baca, jadi aku suruh tlis dlm BM, ak dh pro lah juga baca tulisan miza dlm keadaan mcm ni.


Boleh dia igt sal balik n tiket flight time2 mcm ni. 
mak dia cakap, asal sihat, ada tiket kita balik sarawak dgn k.fizah skali. Aku serba salah time ni. tiket on the sport ni mahal, stakat yg aku tau lah. walla wei!


Aku jadi pemandu mak n sepupu miza kejap, lepas tu mak miza dok hostel yg mmg khas utk keluarga psakit yg tggl jauh. Maka aku keseorangan lah d rumah. Perancangan Allah 2 terbaik! boleh pulak aku sakit gigi  time bulan puasa ni. No choice, dh banyak biji ubt tahan sakit aku makn, dh berminggu..sampai tak p kerja lah aku, maka terpaksa p cabut. Patah tumbuh, hilang tak berganti lah yang ni..kesimpulannya, aku just memerapkan diri dalam bilik.

Alhamdulillah, aku cuti kerja 2 mggu time ni..hehehe. Nak sangat cuti...mmg Allah bg sungguh lah..walaupun rancangan pengisian cuti tu terpaksa bertukar.

Bos aku, kak gee ajak aku melawat Miza. Aku bahagaia tak terkira. 2 hari dah tak p melawat dia. Memang aku sengaja pun tak pi. 1st, malas nk naik moto sorg2, coz kereta banyak, lagi2 lori yang lebih besar dari gajah, serrrem! 2nd, aku nk dia hbiskn masa dgn mak dia yang dia sgt rindu. aku tak nak dia serba salah tak layan aku. lg pun masa melawat dlm icu 2jm saja, tak macam wad biasa. Yang penting ada orang melawat dia, xda lah dia terasa sedih dan sayu tak bertempat..huhuhu.

Ok, mmg ramai yg melwat dia hr ni..mak cik n pacik dia pun ada. Miza dah dapat masuk wad biasa setelah 8 hari d ICU. Diaorang melawat Miza sebelum depa balik beraya di Sarawak. Sepupu miza anak Kak Ani, abang dan adik. Abang puasa tak tinggal lagi. Dah bagus dah. Tambah bagus lagi, dia boleh bg adik dia makn tanpa tergugat iman. Kalau budak2 lain mau dah buka puasa. Dia minta duit dekat mak dia, semata2 untuk beli air dekat adik dia. Yang jelas lagi ketara, badan adik dia lebih 'sedap' lah dari dia..heheh.


Kak Gee boleh pulak perasan mak miza dan sepupu miza cakap bahasa bugis. Maka bermula lah pulak episod jejak kasih. Famly Miza bersaudara dgn fmly Abang Zali, Suami Kak Gee. Terasa kecilnya dunia. Dan baru ku tahu juga, Abang Zali keturunan Bugis. Aku ni harap nama kampung ja lah. Pat yang paling best, Miza boleh cakap bugis fasih dari Abang Zali.


Otw nak balik, miza cakap dokter bagi balik. Kak Gee suruh guna kereta dia saja. Baik punya bos,mana nak cari. rasa disayangi di situ. parah santan pun perah santan lah! lagi best. kak gee suruh bua puasa di rumah dia. Bos terbaik sekat yg aku pernah kerja lah.

1st time aku tengok wafi, anak bongsu kak gee, masa majlis buka puasa bersama anak-anak yatim dekat rumah kak gee. Comelnya yang amat. Kita senyum sikit, senyuman dia dh melebor, tapi xda lah sampai telinga, mulut dia tak besar pun, kecik comel ja.

Ada lemang time buka puasa.
abang zali," kita raya dulu, awal dr orang lain"..huhuhu sedap nasi lemak kak gee. Yummi!


balik umah lepas solat mgrib. Kak Gee hantar. Dah lah bagi gaji,  bagi kuih raya lagi. tak tau lah, memang aku puji lah kak Gee ni. bahasanya lembut, murah dengan senyuman. magkin sbb tu wafi pun murah dgn senyuman. Geram betul dgn bdk wafi ni kalau di ingat2..hehehe.


Esoknya, kami bershopping di Nilai 3. Best o0o0o0o0!
rancangan beli baju raya sama dgn miza batal. tak cukup budjet. Ya lah, dah balik perlis maaa..Shopping sakan. Ak tukang tengok n kasi potong itu harga selagi mampu...heheheeh.

Sempat juga p pasar malam semarak. Berjalan ja kerjanya. lagi pun bukan selalu mak miza dapat datang sini..


Ramadhan yang sangat berbeza bagi aku kali ni. Tak p sekali pun bazar ramadhan simpang 4..sempat p dekat stadium ja dgn adik hadi hari tu, tp boleh la, boleh la.


p/s : aku menanti mak aku pulak sampai sini. Menanti saat itu.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.