Untuk tinjauan kampung hakaman aku, boleh lah tengok video kat bawah ni. Muhammad poyo ja dapat masuk tv. Tp ok lah, femes juga kampung aku ni kan? kui3
Ada kisah best masa aku balik kampung kali ni,
Aku balik dengan Miza. Macam biasa. (^^,) Kami balik naik train. Okep, kes nak budjet, kami naik kels ekonomi lah kan. Tambang bapa? RM16 saja dr KL Sentral ke Arau. Murah kan? Aku rasa macam nak balik kampung tiap2 minggu pulak.
Pagi Jumaat, kami sampai stsyen Arau. Niat di hati, sampai ja di Arau kami nak tukar tiket, Tak mau dah naik kelas ekonomi. Sakitnya badan, macam baru lepas belasah 10 orang. (poyo ja, macam pernah belasah orang kan?)
Memandangkan penat, jadi, kami pun balik rumah naik teksi dulu. Part ni yang paling best. Tambang dari Arau ke Kampaung Sungai Bugis lagi MAHAL dari KL balik PERLIS. Memang tersangat dahsyat hidup ni. RM30. Memandangkan aku puasa dan penat, jadi malas lah nak bertekak dengan Si Pak Cik teksi tu.
Sampai rumah, rehat sat, Mak aku ajak pi nat. Sebab? Adik hadi nak makan ketupat. Dia nak makan, tapi aku lah yang nak kena cari bahannnya. wacca!
Okep!balik dari nat, aku terus tidur, agak lah letihnya.
Petang tu, pergi arau, tapi sedih. tempat tidur dah habis. Esok kena pergi sekali lagi, kalau ada gerabak tambahan, ada lah rezeki kami. Mak aku cakap, " hampa naik juga lah kelas ekonomi, meratik (berzikir) sampai pagi"
Malam tu, kami ada niat nak pi pasar malam, tapi pukul 8.30 dah sunyi, semua orang bailk pi tarawih kot. Aku pun balik rumah, balut ketupat lah. Budak Abdul Hadi tu dah teringin sangat dah. Macam lah dia tak balik raya, tapi mungkin dia tak dapat cuti raya juga.
Esoknya, kami pi tukar tiket keta api. Alhamdulillah dapat tempat tidur. Shoping raya sat. Shoping lah sgt time tak dak duit ni. kami pi rumah wa. Ain NAbila makin sihat, Aqil n Akmal makin kurus. Baru lega demam kak Ija kata. Masa balik tu, Singgah Bazar Ramadhan Stadium, Beli untuk berbuka n sahur atas train.
Sedih time!
pukul 6.30 ptg, bertolak ke arau. Kami berbuka atas train. Esok paginya, bangun dalam keadaan segar! sebab dapat tidur lena semalam. Subuh kami di KL Sentral. Lapas tu Ambik KTM ke Nilai dan terus balik rumah. Petangnya kami masuk kerja. Cewah! macam orang yang tersangat sibuk kan?
Salam Ramadhan Semua.
ya..memg bz...klh PM...hehe
ReplyDelete