Alhamdulillah, aku ambil keputusan untuk balik kampung, walaupun banyak kerja yang tak siap lagi. Kerja Dr. Mikail yang paling memeningkan kepala aku. Banyaknya, masyaAllah.Tapi dah lama tak balik kampung, jd rindu dah makin menebal. dapat tengok muka mak sat pun jadilah kan. orang kata setakat nak melepaskan rindu, jadilah!
Aku still balik berdua dengan Miza. Walaupun bukan adik angkat aku, tapi tak da halangan utuk aku bawa dia balik kampun aku,. Mak dia pun ON je.Jadi, dekat sini tak dak isu 'kenapa aku suka bawa Miza balik kampung aku'. Jawapan paling mudah dan menyakitkan hati orang yang bertanya, " AKU PUNYA SUKA LAH". Hakikatnya, bila kita jauh dari family, kawan adalah segala-galanya. Dari logik akal orang yang matang, ingat Sarawak tu dekat ke nak balik selalu?
Sampai dekat rumah dah malam dah. Jadi just dapat tidur saja lah. Time aku balik kampung, macam biasalah, depan Tv rumah aku mesti penuh dengan aku dan sepupu sepapat aku. Budak-budak ni cukup suka kalau aku balik. Mesti nak tidur dengan aku. Kira baik juga lah aku ni kan? sebab segarang-garang aku ni, masih ada orang yang sayang. Sebelum aku balik lagi, jadual cuti aku dah penuh dah. Start dari aku kerja ni, kehidupan aku berjalan mengikut jadual secara kasarnya. secara halusnya, aku memang tak dapat ikut sebijik seperti yang dijadualkan lah. still lack of discipline!
Pagi rabu, bertolak ke Sungai Petani kedah. Mak nak bawa menntu mak pi rumah Pak Ngah. Jadi secara automatiknya, aku n Miza dapat jalan-jalan cari makan. Lagi pun dah lama aku tak pi rumah pak ngah.
Lepas mandi manda, mak n mak ngah bagi kami makan bihun goreg yang sangat sedap! Lepas tu, menantu mak yang kecik tu lah drive balik perlis, dalam keadaan hijan lebat. Aku betul2 tak dapat nak bantu kalau kereta manual. Hancus!
0 comments:
Post a Comment