Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday, January 27, 2013

Ulang Tahun Kelahiran ke-23

Alhamdulillah,

18 Januari lepas, aku dah 23 tahun hirup oksigen Allah SWT, bernafas dan bernyawa dengan rahmat-Nya.

Sehari sebelum tu,17 Januari , birthday Saiyidah Nafisah. Aku orang yang paling semangat dok menghitung hari ulang tahun kelahiran dia. Kami sambut birthday dia awal sikit, 13 Januari. Sebab malam lain ada yang dah balik kampaung, ada yang exam, jadi kami putuskan untuk buat awal. Malam tu, kami dah buat rancangan terbaik, aku balik je kerje, Nisak ambil aku, kami pergi beli DOMINO dan kek. Malam tu kami sambut birthday dia terbaik punya. Pukul 1pagi baru makan. Dahsyatkan?

Ok, balik pada 18 Januari 2013,

Memandangkan 17 Januari adalah hari last paper exam aku, aku tak kerja lah hari ni. Lepas solat magrib, aku terus tidur. Walaupun ubah tempat tidur, aku still tidur juga. Entah lah, buang tabiat apa aku malam tu. Pendeknya, pukul12, budak-budak ni bising-bising mintak aku bangun makan. Makan lewat malam macam dah terbiasa buat kami. Tak elok untuk kesihatan, tapi time tu je kami ada masa nak makan sama-sama.

Surprise! Surprise ! Surprise !...

Ada kek 2 potong, meggi dua bekas. Cukup-cukup sederhana tapi cukup-cukup bermakna buat aku. TERHARU sangat! Jika kita ikhlas melakukannya, hati orang pasti tersentuh. Terima kasih semua untuk malam tu.

Pagi-pagi aku call mak aku…perkara yang aku tak pernah tinggal sejak aku tingkatan 3.

“ Hari ni birthday kak. Terima kasih mak, sebab jaga kak dah 23 tahun. Terima kasih sebab lahirkan kak, jaga kak sampai besaq.”

Ringkas dan memang tak cukup untuk balas jasa mak aku yang lahirkan aku, tapi tu ja yang aku mampu buat utk bg sebuah penghargaan pd mak.

Jawapan mak aku yang paling best…

“ sama-sama, mak 23 tahun dah duduk pulau pinang(maksudnya dah kahwin, sebab lepas kahwin, mak aku tinggal di pulau pinang).”

“ Jadi apa yang mak try nak cakap ni? Mak nak suruh kak kawin ka? Belajaq pun tak habih lagi.” (jawapan selamat dunia kahirat insyaAllah)

“ dok lah, tak pa belajaq dulu bagi habih.”

“Alhamdulillah”.

Bila dah tua-tua ni, stress pulak bab kawin, macam wajib pulak soalan tu. Terutama time ulang tahun kelahiran dan time kenduri kendara di rumah sanak saudara. Aduh! Sampai masa dan ketikanya, akan smpailah seru aku kawin. Hahaha.

p/s : Bagi yang tak lupa wish dekat aku melalui mesej,inbox FB, dan wall FB, aku ucapkan ribuan terima kasih. Moga doa-doa anda juga membawa seribu kebaikkan kepada anda semua juga.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.