Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday, January 05, 2013

Aku Nikahkan Dikau

Alhamdulillah, Syukur Ya Allah..akhirnya adik lelaki aku, Abdul Hadi Bin Azizan selamat menjadi suami kepada Nadia Binti Ibrahim. Adik yang aku tabik dengan jalan hidupnya. Adik yang paling aku kagum..kami laluinya bersama dulu, ketika kecil. Indahnya saat tu, Allahu Rabbi, semoga memori indah itu tidak lenyap dari mindaku, Semoga memori itu membuatkan ukhwah kami semakin utuh bila dikenang..Ameen Ya Rabbal'alamin.

20-12-2012.
" Aku nikahkan dikau............"
"Aku nikahkan dikau.............."

" Awat hang pi nikah tok kadi pulak?"
" saja ja, kita bayaq dia mahai-mahai, tak kan nak bagi dia kerja mudah ja, saja nak bagi tok kadi tu banyak kerja sikit."

Punya lah kontrovesi Adik Hadi aku cetus masa hari akad nikah dia, Boleh pulak dia nikahkan Tok kadi. Mau tak parah kalau tok kadi tu pun sambut akad dia..?

"kalau tok kadi sambut tadi macam mana?"
"Aku suruh dia cerai la tu jugak."
Ni bukan apa, kes ketaq lebih lah kan..hahahah. Orang kata lelaki akan gementar dalam dua keadaan, masa akad nikah and masa kelahiran anak pertama, entah betul ke tidak, aku pn tak pasti lah..

#hari ni juga, abang aku, abang Amin walimahtulurus. dia akad nikah 12-12-12. Semua orang nak tarikh cantik kan?..Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik#

22-12-2012,Sabtu.
walimatulurus di Pendang, Kedah. Aku tak dapat balik lagi. yang pasti, pengantin pakai baju warna merah. Bertemakan warna merah, hitam dan putih. Itu ajalah yang aku tahu..hehehe

25-12-2012,Selasa.
Walimatulurus di Perlis. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma, sebelum pengantin sampai, aku diminta cari senduk nasi untuk meja makan pengantin, tapi aku rasa macam lambat lagi nak sampai, jadi aku pergi solat zohor dulu. Time aku solat, boleh pulak pengantin sampai..Ya Rabbi, selesai solat, terus pergi meja makan pengantin.

" Tak dak masalah pun, kita buat dia." Aku pun terus senduk nasi dalam pinggan mak dan Nadia. Gila tak gila lah aku ni kan..Tapi betullah, buat apa nak susah kan diri, nak merumitkan keadaan, kita yang pilih sama ada nak tenang atau sebaliknya kan?


Tengah aku di dapur, Ada soalan yang agak lucu hinggap di telinga aku.
" mana kak ipaq?"
aku dengan terkejutnya " hah?????"
" hadi tu abang kan?"
" oh, dak lah, hadi tu adik saya." perkara normal, boleh di katakan satu kampung ingat aku adik dan adik hadi abang aku. Rasa muda pulak..hehehh

Ada lagi kejadian di dapur..
" yang tu pak we hang ka?" Ni soalan cepu mas dari sepupu aku.
" Eh, yang mana?"
" Yang duk situ."
"Oh, bukanlah, tu abang saya, mak kedah."

hahahah, ramai orang tak sangka, aku dan famly makcik satu lagi ok ja, baik ja hubungan kami.. mak cik aku pun datang juga majlis hari tu. Akuk macam biasa ja, sembang, bergelak dengan abang aku.

 Hari tu, time abang aku datang baru aku boleh makan nasi, sibuk punya pasal, sampai tak ingat makan. Bila abang Amin mai ajak aku makan, sebab dia tau aku tak makan lagi, baru aku makan nasi. Orang kampung mula lah tengok semacam, aku makan nasi dengan lelaki,bersebelahan pulak tu. Abang Amin pun tak bawa isteri dia, isteri dia kerja hari tu...haiyyyya....

Yang pasti aku gembira sangat hari ni. Semua family aku ada, walaupun tak semua. Saudara sebelah ayah aku pun ada juga. Tak sangka jugak diowang datang. I'm happy (^^,)Terima kasih Ya Allah.

Alhamdulillah,
Selamat dgn jaya nya mjlis walimah adik Hadi. 

Tetima kasih semua yg mmbntu.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.