Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday, January 27, 2013

Kemalangan 25/1/13

Siapa nak sangka kan 25 Januari akan jadi tarikh keramat buat aku..Allahuakbar!!!

Jadual hari ni dah di susun sepenuh-penuhnya, sebab hari ni aku dan budak kecik cuti. Pukul 7.30 pagi, kami bertolak ke Hospital Serdang. Kami berdua je lah, memandangkan semua dah balik kampong. Kami sampai lebih kurang dalam pukul9 sebab kami sesat..huhuhuh.

Akuterlepas tol Kajang, jadi aku masuk ikut tol Serdang, jadi memang tak ingat jalan lah…Jalan yang biasa masuk pun aku still was-was, tambah lah jalan yang aku tak pernah masuk kan?

Selesai di Hospital Serdang lebih kurang dalam pukul12. Kami bertolak ke LCCT. Suri balik hari ni! Jadi kami pergi ambil dial ah..sesat sekali lagi, heheheh. Ok, malu bertanya sesat jalan, jadi aku pun tanya lah orang kawasan tu…

Alhamdulillah dah dapat pencerahan tentang Siratulmustaqim yang kami cari. Alhamdulillah, Aku dah tak berdua dengan budak kecik, Suri dah balik!

Kami balik solat di Masjid Putra Nilai. Lepas tu niat nak pergi cari makan. Sebelum tu, kami pergi Cempaka…bila hajat di cempaka tak kesampaian, kami pun balik…sampai depan Taman Awam Nilai…….



Allah, Allah, Allah, Allahuakbar!!!

Lima buah kereta kemalangan, kereta kami yang belakang sekali. Aku baru tahu, dalam undang-undang di Malaysia, kalau kemalangan yang membabitkan kereta berderetan, “KERETA YANG PALING BELAKANG SEKALI DI KIRA BERSALAH WALAU APA PUN YANG TERJADI ”.

Turun je dari kereta,

“ Awak punya pasal lah ni” Pakcik India ni cakap dekat kami. Aku agak bengkek masa ni.

Kereta depan aku, kereta proton wira putih,…Aku paling bengkek dengan kereta ni sebenarnya..entah lah, aku pun tak tahu nak cakap…yang pasti, aku turun dari kereta dalam keadaan tubuh menggigil. Aku cuba tenang untuk cari jalan penyelesaian. Aku fikir dan fikir, aku call En.Honda, memandangkan aku sewa kereta dia. Dia cakap tunggu situ sampai dia sampai situ. Aku mengikkut arahan. Memandangkan dia tak boleh sampai dengan segera, aku call budak-budak laki kelas aku.. dowang semua tak ada di Nilai, semua di luar kawasan, Allah. Aku call budak laki je lah, budak perempaun mana tahu apa kan? Aku just tak nak jadi mangsa keadaan, dan tak nak senang-senang kami di persalahkan.

 Hujan pulak turun lebat. Kami stay dalam kereta sementara menanti En.Honda. Dalam masa tu, kami usaha juga cari orang lain yang dapat bantu kami, apa lagi..ustaz-ustaz di Darusyifa lah pulak jadi sasaran kami. Ustaz Yusuf cakap, “ tak pa, jangan dengar cakap orang, benda dah nak jadi”. Sekurang-kurangnya hati ni tenang lah sikit. Sempat aku berseloroh dengan Suri dan budak kecik “kita duduk tempat orang, kalau tak susahkan orang, kita nak susahkan sapa kan?”

Masa menanti, kami selalu cakap, ADA HIKMAH disebalik kejadian ni. Itu yang kami terapkan dalam diri. Kami pasakkan betul-betul dalam hati dan jiwa sanubari.

Allahuakbar!

Kesian Suri, baru sampai dari Sabah, dah dapat ujian atau musibah aku tak pasti…Kesian juga budak kecik, perlu berhujan…aku takut dia sakit, dah banyak kali dia kena hujan minggu ni. 

Syukur Alhamdulillah, kami bertiga tak ada kecederaan fizikal, Cuma mental dan emosi lah sedikit terganggu. En. Honda sampai lebih kurang dalam pukul6. Sementara dia sampai, sempat lah tiga orang agensi insuran sampai menawarkan khidmat masyarakat mereka..huhuhuhu.

Ok, dia bawa kami pergi Balai Polis Nilai untuk buat laporan. Dalam kereta sempat dia tawarkan aku jadi PA dia, gaji boleh tahan lumayan. Dalam masa ana sangat-sangat memerlukan duit, dia tawarkan kerja dengan gaji yang agak lumayan… maka tersenarai juga dalam list “perlu difikirkan”.

Sampai balai, kami ambil number giliran, kami solat asar dulu, dah lewat sangat ni. Lepas tu baru kami buat laporan. Selesai buat laporan, kami solat magrib dulu sementara jumpa sarjan. Masuk je dalam bilik sarjan, ana cuba tenag, setenang air di kali…cewah!

Macam aku cakap tadi, walau macam mana sekali pun penerangan aku, “Aku still BERSALAH, walaupun tak salah”. Di bawah seksyen R.10 Akta Pengankutan Jalan 1987 LN166159, aku didapati bersalah kerana gagal mengawal kenderaan menyebabkan kemalangan.

“Saya cadang kan kamu terima saman saya, dan kes ni di kira selesai.” Sarjan tu senang-senang nak mintak saya mengaku salah. Macam ni ke polis?

“walaupun saya tak bersalah?”

“ langgar tetap langgar.”Sarjan tu masih tetap dengan keputusan dia.

“ ok, kita tengok, kalau betul-betul saya langgar, depan kereta saya  akan jadi sama macam kereta wira putih tu. Tapi depan ketera saya tak macam tu, di sebabkan kereta wira melanggar kere proton saga depan, kereta wira depan tu terhentak ke belakang dan saya pun terlanggar lah kereta wira, sebab tu bonet depan saya terangkat ketas bukan remuk.” Panjang penerangan aku, siap jadikan henset aku sebagai alat penerangan lagi.

“ kalau awak tak puas hati awak boleh hadir ke mahkamah pada….” Aku pun lupa bila tarikhnya. Aku trus diam untuk mencari kekuatan.

“sekolah dekat mana dik?”

“usim”

“kos apa?”

“ bahasa arab dan KEWARTAWANAN.” Sengaja ana highlight perkataan wartawan.

“ patutlah awak terang dekat orang bukan main lagi.”

“Apa implikasi saya terima saman ni?”

“ tak ada apa, kamu Cuma bayar je saman ni. Biasalah dik, walaupun saya sarjan, saya pun kena saman, 7x saya kena saman, Anak-anak saya pun kena saman juga.”( dalam hati aku, Ada aku tanya?aku tak nak tahu pun semua tu)

“ Sistem KEJARA saya?”

“ kalau adik bayar, tak ada apa pun”

“ Maksudnya, semua kereta akan tuntut insuran dengan kereta saya?”

“tak lah, keretan depan awak jelah.” ( Dalam hati aku, Alhamdulillah).

Aku redha, sebab dalam doa aku, aku pohon, “ Ya Allah, kurniakan yang terbaik untukku dan sahabat-sahabatku, jika bersalah itu yang terbaik untukku, maka bantulah hamba-Mu ini redha dengan ketentuan Mu. Tenangkan hati ku untuk menerima keputusannya. Tetap utuh lah ukhwah kami seperti utuhnya ukhwah Rasulullah dan para sahabat”.

Yang menyerabutkan otak aku satu je, DUIT a.k.a WANG. Banyak manalah bayara yang aku laburkan nanti kan?

Memandangkan jadual dah di susun, kami still perdi darusyitfa. Aku agak takut lah nak bawa kereta lagi, tapi dah aku ja yang boleh bawa, Suri belum dapat lessen, masih dalam proses. 

Bila kalau Nampak lampu merah, lampu brek, aku jadi bertambah takut, jarak aku dengan kereta depan lagi lah, jauh kot. Semua trauma, budak kecik yang paling trauma. Kesian dia. Budak kecik cakap “kalau kami boleh bawa kereta, mesti, akak trauma nak bawa kereta, sebab kami dua tak boleh bawa, akak kena kuat juga untuk bawa kereta.” Boleh tahan lah. Lepas kejadian tu naik je kereta, nak bawa kereta, aku cakap” macam tak reti pulak nak bawa kereta.”.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.