Masalah yang melanda, dapat di selesaikan dengan baik..apa yang aku bimbangkan seperti selesai dengan mudah..belum sempat aku bertindak..keadaan sudah kembali pulih..Alhamdulillah..
Sunday, September 30, 2012
seusai Doa
Masalah yang melanda, dapat di selesaikan dengan baik..apa yang aku bimbangkan seperti selesai dengan mudah..belum sempat aku bertindak..keadaan sudah kembali pulih..Alhamdulillah..
Thursday, September 27, 2012
ALAM PERKAHWINAN
Monday, September 24, 2012
JAGA DIA UNTUKKU
Bismillahirahmanirahim...
Ya Allah, jagakan dia untukku. Sungguh, aku ingin sekali di sampingnya selalu. kerisauan aku makin menjadi setiap kali aku meninggalkan dia. Aku tahu, masih ada yang lain yang menjaga dia, tapi hati ini masih bimbang akan keadaan dia. Bukan bermaksud, yang lain tidak menjaga dia dengan baik, tapi aku still mahu melihat segala perkembangan dia dengan mata aku sendiri.
Membiarkan dia ditemani orang lain, membuatkan aku sentiasa tertanya-tanya sama ada dia baik atau tidak. "Macam mana keadaan dia Ya Allah?"
Hari ni aku tersedar sesuatu, aku tak punya kuasa walaupun sedikit. Maka, aku yakin, innallah ha ma'ana, walau di mana hamba-Nya berada. Pada-Nya aku serahkan dia. Pada-Nya aku yakin, dia sedang di jaga dengan baik.Allah sebaik-baik penjaga. Apa pun yang terjadi, pasti ada hikmah yang perlu di kutip.
Sungguh, pengetahuan seorang hamba sangat terbatas sementara pengethuan-Mu meliputi segalanya. Engkau juga Maha Berkuasa dan Maha Memelihara. Jagakan dia untukku Ya Rahman. Hamba-Mu ini tidak akan mampu bersamanya 24jam sahari, dan 7 hari seminggu..keadaan dan waktu juga membuatkan aku makin jauh darinya, membuatkan masa aku bersamanya semakin berkurangan. Dia dah aku anggap macam adik aku sendiri. Kadang-kadang dah macam anak sendiri. Sebab kecik sangat kan,,sabab tu boleh anggap macam anak..huhuhu
Bantulah kami Ya Rahman,
bantu kami mencari sesuatu. Hanya pada-Mu kami meminta. Hanya pada-Mu kami berharap. Berilah petunjuk-Mu untuk terus kami mencari. Tanpa bantuan-Mu, kami tak mampu Ya Allah. Kurniakan juga kami kekuatan iman untuk terus berusaha tanpa ada perasaan putus asa.
p/s :
my best housemate, still the best. Hati ini terlalu rindu akan kenangan lalu. sayunya bila di kenang kan kembali semua kenangan tu. Alhamdulillah, hari ni, aku berkesempatan solat berjemaah dengan mereka. Ada rentak ria berlagu riang di hati. jiwaku tenang walaupun hanya Allah yang tahu rasa aku saat ini.
Tuesday, September 18, 2012
ikhlas
ikhlas atau tidak, manusia tiadak akan mampu mengukurnya, hatta diri sendiri. mugkinkah aku belum cukup ikhlas?
entah lah..
Friday, September 14, 2012
KEMBOR ADIK KAKAK
kakak dan adik dah besar. Aku cuma tau perkembangan budak-budak dua orang ni dari ibu iman ja..masih tak berpeluang nak jumpa.
Aktiviti RAYA KE EMPAT
Alhamdulillah, hari raya keempat, aku, dik iti, abang jo ang mak su a.k.a U …ni bukan apa, ini kisah dudlu-dulu kala, masa kecik-kecik dulu, masa percakapan pun tak fasih lagi..jadi singkatan mak su adalah yu…heheheh..tapi panggilan tu melekat sampai sekarang..oh, melencong pulak cerita aku..kami berempat, tambah sorang lagi, adik wani sempat pergi beraya di abi, rumah wa di padang melangit, rumah pak lang man, dan di padang besar,rumah wa nab.
Balik dari beraya…
Memandangkan baru menuai..maka banyaklah ikan dalam sawah. Dah lama tak tangkap ikan . Masa zaman kecik-kecik dulu selalu betul tangkap ikan ramai-ramai..berkubang dalam sawah. Ya Allah rindunya masa tu..berlemoih(perkataan piour pegheleh ni) tapi best!
BERITA GEMBIRA
Berita Pertama
Hari terakhir aku di Darulsyifa untuk semester 4, aku menerima berita bahawa keluarga aku bakal menerima ahli baru. Syukur Ya Allah. Ini lah berita yang aku harapkan dari dulu sebenarnya. Ya lah sapa tak suka bila doa dimakbulkan Allah swt kan? Pada mulanya, aku nak simpan entri ini sampai tiba masa ahli baru keluarga aku sah menjadi ahli keluarga kami. Tapi dah teruja sangat dah ni..so, tulis juga lah entri kali ni. Malam tu...
Adik Hadi : Assalamualaikum kak, aku nak kahwin.
Ana : Wa’alaikummussalam..kahwinlah.
Adik Hadi : Betul ni kak, aku nak kahwin . tak main-main ni.
Ana :Ya lah, aku pun betul-betullah. Eloklah kahwin. Dah halal ni senang.
Adik Hadi :Bla..bla..bla..(tanda tak suka aku beleter). Tapi aku tak bagaitau mak lagi.
Maka tahu lah aku. Aku lah kena jadi orang tengah ni. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Mak setuju!
Alhamdulillah, 26 Ogos 2012, Abdul Hadi dan Nadia Ibrahim dah selamat mengikat tali pertunangan.
Insya-Allah, akhir tahun ni akan berlangsungnya majlis sambut menantu di rumah aku. Tapi satu benda yang kureng sikit,
Mak : Kalau kak kahwin sekali dengan Adik Hadi kan senang kerja mak. Sekali kenduri, terus lepas dua orang anak.
Ana : Mak suruh adik arfah lah kahwin. Senang, bagi adik-adik kahwin dulu. Tapi adik arfah kalau nak langkah bendul, dia kena bagi pekej umrah dulu dekat kak. Kalau sanggup, kak ok ja dia nak langkah bendul. (huh! Jawapan selamat..mungkin)
Berita kedua
Alhamdulillah, percubaan UPSR adik Muhammad ada peningkatan. Budak yang cukup banyak alasan bila aku ajak baca buku. Untuk aku ajar? Budak-budak ni (adik-adik saya lah) memang tak suka aku ajar, sebab? Aku garang!huhuhuhu..tu alasan adik-adik aku lah. tapi betul kot..kalau tak tahan aku ajar, memang boleh nangis...
Berita ketiga
Alhamdulillah, berita yang di tunggu-tunggu juga selama lebih kurang setahun ni. Akhirnya, sepupu kesayangan aku, di sahkan mengandung 5 minggu.Berita gembira buat kemi semua. sekarang dah masuk 2 bulan kot. tak sabar nak tangok muka baby.
Berita keempat
Keputusan peperiksaan aku. Alhamdulillah. Syukurku kepada-Mu Ya Rabbi dengan pemberian terbesar buatku ini. Jika di lihat dari usaha yang hamba-Mu ini semasa exam, sudah pasti result yang terpamer itu suatu yang tidak terduga. Tapi hamba-Mu ini yakin “ Engkau membantu hamba-Mu yang mabantu”. Innallah ha ma’ana. Walaupun pointer aku turun, tapi hadiah terbesar dari Allah kali ini terlalu berharga. Membuatkan aku semakain yakin dengan janji Allah pada hamba-Nya. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita menerima.
Aku tahu, sahabat-sahabat aku ramai yang mendambakan anugerah dekan. Tapi sungguh..aku tak pernah punya azam itu. Cuma kalau dapat Alhamdulillah. ^______^ Sebab? Sebab aku cuma nak segala ilmu yang aku pelajari melekat di hati aku. Aku Cuma nak ilmu yang ditimba mampu aku curahkan pada anak –anak umat islam nanti. Semoga ianya menjadi amal yang mambantu aku di akhirat kelak..Ameen.
Berita kelima
Badminton beregu Malaysia menang di peringkat suku akhir pertama. Malaysia menewaskan Thailand dengan mata 121-18. Aku bukan peminat tegar badminton pun, tapi sebab dah tengok perlawanan yang berlangsung , jadi aku dapat tahu lah berita gembira yang kelima ni..heheheheheh..
Demam Campak
Sebelum ni,
Aku : mak, kak penah demam campak dak?
Mak : tak penah.
Aku :masa kecik-kecik tak kan tak penah kot, mak?
Mak :tak penah.
Masa dekat-dekat nak cuti sem hari tu, adik arfah demam campak, aku dah cuak dah masa ni. Sampai ja rumah, adik arfah dah hampir sembuh, tapi adik Muhammad pulak yang demam. Aku memang ambil langkah berjaga-jaga. Tak basuh baju sekali dengan depa, tak share barang dengan depa. Lepas adik Muhammad sembuh, sepupu aku, dik Ah pulak berjangkit. Lepas Dik Ah, Adik Wani pulak. Memandangkan anak-anak mak su yang kena, aku bersyukur sangat. Maksudnya aku terlepas lah kan. Rumah aku dah bersih dari virus demam campak lah kan..heheheh
Tapi satu hari, bukan satu hari di hari raya...
Aku demam, boleh tahan panasnya. Seharian aku tidur. Pening kepala yang teramat. Masa dah dekat nak berbuka, adik Arfah masuk ke bilik
“ Kak, aku tau dah! Hang sakit badan kan?”
“ Ha lah, lenguh gila ni.”
“ Mesti ang nak demam campak!”
“ Hang tak payah nak doa yang bukan-bukan dekat aku na.”
Bila dengar adik Arfah cakap macam tu, aku dah tak senang duduk dah. Sebab, sebelum tu mak aku ada cakap dekat aku..
“ jangan demam yang bukan-bukan dah.”
“ demam apa mak? Demam, demam saja lah kan? Nak demam apa?” ( masih tak dapat tangkap maksud yang tersirat, yang mak bagi).
Pagi esoknya..
Bila Allah kata kunfayakun..maka jadilah aku hamba yang terpilih untuk demam campak.