Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, July 13, 2012

JOHOR

Alhamdulillah, jumaat lepas, Allah memberi kesempatan pada aku untuk ke johor. Ni kali kedua aku menjejakkan kaki ke johor, first time dulu masa 2007.Lebih kurang lima tahun yang lalu..lama sudah! Kalau 2007 ke johor bharu, 2012 aku ke batu pahat, rumah saudara sahabat rumah aku. Ada kenduri kahwin keesokkanya, sabtu.Aku berempat dengan Mizah, Suri dan saiyyidah.

Kami  naik bas pukul 2.30 petang di Terminal 1, Seremban,lebih kurang  pukul5.30 patang kami sampai. lebih kurang tiga jam jugak lah..

Sampai ja kat sana, Mr. Hafiz datang jemput kami di stesyen bas. Sampai sana, sanak saudara tuan rumah dah ramai berkumpul. Malu lah pulak nak masuk rumah..aduh!tapi apa cerita pun kena masuk jugak lah..langkah kaki kami berhenti di ruang tamu. bersalaman dengan saudara-saudara sahabat aku.

 Ok,ada sesuatu yang merungsingkan aku, BAHASA PERANTARAAN. Semua yang hadir, menggunakan bahasa bugis sebagai bahasa pertuturan. Aduh mak! walaupun aku tinggal dekat kampung sungai bugis, tapi tu hanya sekadar nama kampung. Aku tak faham satu habuk pun. Aku hanya mampu senyum. Ramai saudara dari sarawak dan indonesia yang dah sampai. Yang dari indonesia tu aku faham lah juga bahasanya..hehehe. Pengaruh sinetron sikit!





Kiuh minum petang kami..sangat comel kan? Aku suka,sedap!

Malam kenduri dekat sini dah macam hari kenduri..makan dekat khemah..

Lepas bersembang sikit-sikit, sikit ke..boleh tahan lah bila perempuan sembang..tak daknya sikit sangat..lepas tu kami tidur di bilik pengantin, pengantin laki tidur dekat mana entah..heheheh.. pinjam bilik ya..

Hari kenduri, lepas makan tengah hari, kami empat orang berkurung dalam bilik ja. Masa pengantin perempuan datang, aku just jenguk dari bilik kejap ja. Alhamdulillah, bangun dari tidur petang tu,sakit dah hillang.




ni berakfast time..


menu sarapan pagi..
roti keping tu cicah dengan soup taw..
terbaikkan?


Sebelum lunch time..
tak ada kerja,,maka kami sepakat untuk bersiar-siar.


kami tak tahu pun tema hari ni kuning..
tapi
sedondonkan kami..heh

Dua orang budak kecik ni dari indon,
comel sangat!
yang lelaki tu, abang. Yang perempuan tu adiknya lah..
pakaian budak-budak ni dah macam pengantin pulak..
nasib lah kecik lagi.


ni menu makan tengah hari kami.


taraaa..
ni pelaminnya..cantik!

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.