Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, July 13, 2012

Anak murid

Alhamdulillah,
isnin lepas aku di minta menggantikan ustaz Asri,
Ustaz sekolah rendah aku, sekolah Rendah Agama Al-Islahiah (SRAI).

Aku diminta mengaja Tilawah quran,tahun 2 dan Sirah,tahun 3.
Masa mengajar 2A dan 3A, aku masih ok.
tapi,


bila mengajar kelas 2B..
masya-Allah..
serabut!
maka free-free je dapat ceramah free dari aku.
Alhamdulillah..diam juga akhirnya..
TAPI
cuma dapat bertahan setengah jam saja.
Sabor jo lah.






Anak murid yang sangat nakal,
tapi insya-Allah kenakalan itu yang akan buat mereka lebih matang kelak.
kenakalan yang membawa mereka meneroka dunia.
cuma kenakalan itu perlu dipimpin.
jangan hanya mengharap pada guru untuk mendidik anak-anak,
peranan ibu bapa itu lebih penting dan utama.
Ini pendapat peribadi aku.

2 comments:

  1. Menjadi seorang guru ataupun murrabi...
    banyakkan gunakan psikologi...
    1st impression kita masuk kelas kena tegas..
    bukan bermksud kita kena garang...
    tapi kena nak didik rasa hormat..
    ada orang ckp, kalau awal2 kita dah main sengih2 dgn budak2.. sampai ke akhir taun kita susah nk kawal budak..

    sekadar pendapat dr sorg bakal guru biasa.. =)

    ReplyDelete

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.