Sekrang aku dalam mood tak sabaq nak balik kampung.
Hemmm..seminggu ja lagi..tapi rasa lama sangat nk sampai hari khamis. Sabar..sabar..sabar
Ni jalan nak masuk rumah aku. Rumah kampung biasalah,jalan kecik ja. Walaupun kampung,aku tetap bangga di lahirkan sebagai orang kampung. Aku sangat-sangat lh xminat dengan bandar, bandar Kangar yang kecik tu pun aku tak suka,tambah-tambah lah KL, jauhkanlah dariku Ya Allah. Bandar Baru Nilai? Boleh lah..tak lah maju sangat..masih ada kawasan yang belum tercemar.
Ni pondok depan rumah aku. Ni hasil kerja kami adik-beradik kecuali Abdul Hadi. Seingat aku masa ni , Adik Muhammad,Adik Arfah,sepupu-sepupu aku, dan mak bertungkus lumus mendirikan pondok ni, Adik Hadi boleh cakap kami buat kerja sia-sia. Dia cakap pondok ni tak kukuh. Alhamdulillah pondok i masih kukuh sehingga sekarang. Bila dah siap,pandai pulak dia duduk dalam pondok ni.. Pondok ni memang tak cantik macam pondok orang lain,tapi pondok ni di bina dengan semangat kerja sama kami adik beradik. kerjasama atas dasar kasih sayang. ha tu dia ayat power.
Pantai Perlis. Memang tak ada pasir macam pantai negeri lain,, tapi di mata aku tetap indah. Pantai ni tak lah jauh sangat dengan rumah aku..tapi boleh lah sbb aku suka tengok matahari terbenam. Time-time macam ni sepupu aku suka teman aku,sebab dia pun suka tangkap gambar macam aku. Adik Arfah kurang sikit dalam bab ambil gambar pemandangan.
Ni bukan dekat kampung aku, tapi masih di Perlis,,nama tempat ni, Padang Melangit. Ni dekat rumah Pak Cik aku. Adik Muhammad suka mai sini sebab Pak Cik aku suka melayan dia. Depa suka tangkap ikan,buat wau, and macam-macam lah.
Ni sepupu aku,tangan patah sebab main takraw. Sama umur dengan Adik Muhammad,tapi tinggi sangat.
Kembali ke Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat, Perlis.
Ni semak semun tepi sungai depan rumah aku. Aku tengok macam cantik ja..mungkin sebab warna hijaunya begitu terserlah kot..
Di kala senja..
Bunga yang indah ni tumbuh di tepi jalan depan rumah aku. Cantik,
Anak Mak Su yang paling kecik, Adik Wani..aku minta jadi model aku sekejap..hehehe.
Kesimpulannya,,aku suka kampung aku. cantik..masih menghijau ,masih belum banyak kerosakkan..Alhamdulillah aku di lahirkan di negeri PERLIS INDERA KAYANGAN.