Semalam aku ke wacana SYRIA BERDARAH, PEDULIKAH KITA?
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan kami dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim.
Jujur dari hati,aku tahu tentang isu Syria ni pun lepas baca blog seseorang,kalau tak memang tak tahu juga. Alhamdulillah sebab Allah mengerakkan hati aku untuk membaca entri tu. Terima kasih juga buat bloger tersebut.
Alhamdulillah,hati aku belum mati. Hati aku sangat terkesan dengan penyampaian kedua-dua ahli panel yang dijemput iaitu Prof Kamaruzaman Yusoff UKM dan Prof Madya.Dr. Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif). Wacana ini dimoderatorkan oleh saudara Syed Hashim( baru ana tahu,kelakar juga orangnya)
Dasyat apa yang berlaku di sana..
penduduk di sana di paksa menyebut " Tiada tuhan melainkan Bashar Asad". Isu di Syria adalah isu:
1- Bashar Asad membunuh rakyatnya
2- pertelingkahan antara puak Sunni dan Syi'ah.
3-konflik antara Syria dan Israel
4-Ulama-ulama Sunni yang berpihak kepada Bashar Asad.
Jika di singkap tabir sejarah,penjajah telah berjaya meninggalkan kesan yang mendalam walaupun setelah puluhan tahun berlalu. Mereka telah membuat perancangan yang rapi untuk menguasai dunia.
Aku tak nak bercakap tentang sejarah sebab pengetahuan aku juga terbatas dalam hal ni,cuma lapang-lapangkanlah masa untuk mendalami sejarah islam. Dari sejarah itu kita akan tahu sebab berlakunya semua ini.
Dari global perspektif,Kita menghadapai masalah bila dua negara yang mempunyai kuasa veto dalam PBB tak menyokong Syria iaitu RUSIA dan CHINA. Walaupun dua negara ni tak menyokong Syria,tapi aku kagum dengan penduduk disana. Semangat JIHAD mereka terlalu tinggi. Tahap keimanan mereka pada Allah sangat besar. Mereka YAKIN dan PASTI dengan bantuan ALLAH. Firman Allah SWT:
Dari global perspektif,Kita menghadapai masalah bila dua negara yang mempunyai kuasa veto dalam PBB tak menyokong Syria iaitu RUSIA dan CHINA. Walaupun dua negara ni tak menyokong Syria,tapi aku kagum dengan penduduk disana. Semangat JIHAD mereka terlalu tinggi. Tahap keimanan mereka pada Allah sangat besar. Mereka YAKIN dan PASTI dengan bantuan ALLAH. Firman Allah SWT:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
1- Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
2-Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
3-Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
2-Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
3-Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
~surah An-Nasr~
Pergolakan di bumi Islam Syria saban hari dilihat semakin meruncing pada hari ini. Ribuan nyawa yang tidak berdosa dibunuh dan dikorbankan oleh regim Bashar Al-Assad yang ingin kekuasaan dipertahankan. Memetik kata-kata Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor bahawa pemuda dan pemudi pada masa sekarang harus mengambil sikap peduli dan cakna terhadap isu-isu ummah. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W : “Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka dari kalanganya”. Ana lebih suka kata-kata ustaz Hasrizal, "HIDUP UNTUK MEMBERI"
kita perlu sama-sama mendoakan kemenangan umat Islam Syria, diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menumbangkan kezaliman yang berlaku. Hulurkan bantuan dan sumbangan wang selagi termampu bagi membantu meringankan beban umat Islam di Syria. Sebarkanlah maklumat dan berita mengenai Syria kepada sahabat-sahabat dengan kemudahan di laman social seperti Facebook, Twitter dan Blog. Jadilah Manusia yang CAKNA dan PEDULI terhadap isu ummah.
Zaman dah berubah,kita boleh gunakan teknologi yang dicipta musuh untuk memusnahkan kita untuk memusnahkan mereka kembali. Gunakan akal sihat kita untuk berubah.
p/s : Kalau ada sebarang kesilapan fakta disini, tolong betulkan.
0 comments:
Post a Comment