mesejnya berbunyi
"salam, ku xhbeh lg krsus da smgu lg..bca ysin sdkh kt arwah tok mlm ny..dh ckup sthn tok xdak."
Allah. Allah.Allah..Nak mengalir air mata saat baca mesej ni. Tapi kena tahan,sebab ada kawan aku depan mata..masa ni tengah siap-siap nak keluar beli barang. Ada dua sebab aku rasa sedih dengan mesej ni..
Pertama,tak sangka dah setahun tok tinggalkan kami. Kedua, dah banyak perubahan pada Adik Hadi. Sungguh ini juga hadiah yg beharga dari Allah SWT.
Jadi esok, pada pukul 6 petang lebih-lebih sikit genaplah setahun tok pergi. Tok di kebumikan esok paginya iaitu pada 1 April 2011..
Masih baru rasanya. Masa tok meninggal, Perlis banjir,alhamdulillah kawasan rumah aku tak kena. cuma hujan je lh yg tak berhenti.
Dalam masa setahun ni,sekali pun aku tak pernah mimpi tok. Sedih betul..
Bila aku balik kampung, mak aku selalu cerita,dia mimpi tok balik. Bila sampai part mak dan mak su kongsi cerita mimpi tok, mesti dua-dua nangis lepas tu. Sapa tak syang mak kan?
sayangilah ibu,sebelum terlambat.
0 comments:
Post a Comment