Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, March 30, 2012

Ilmu Keibubapaan

Comel ja tajuk entri aku kali kan?
Sebab apa aku nak cakap tentang anak? Kawin pun belum kan? Sediakan payung sebelum hujan boleh kan?

Sebab kawan aku yang sorang ni lah..memandangkan dia sedang mengandung, dan selalu bersama aku, ada lah terpercik sikit aura keibuan tu dekat aku..melihat perkembangan bayi dalam kandungan dia, rasa comel ja..kawan aku dah ada nama untuk baby dia, IMAN. "Tak kisah perempaun atau laki, nama Iman tu wajib".. bak kata suami kawan aku lah.

Boleh dikatakan setiap hari, ada ja ilmu baru tentang ank dan ibu mengandung yang aku dapat. Sekarang Iman dah pandai bergerak ke sana sini. Maknanya,Iman dah membesar dengan sihat di dalam perut ibu dia, Alhamdulillah.

Cuma, kawan aku ni,kurang darah. Sebelum mengandung lagi,dia memang kurang darah. Jadi bila dah mengandung bahaya sikit untuk diri dia.

Ok, perkara ni pun aku agak risau jugak lah, sebab aku pun kurang darah,,dah makan macam-macam dah,tak banyak-banyak juga darah aku. Al kisah aku boleh tahu aku kurang darah,time aku nak derma darah lah. 

Semangat betul time tu,baru cukup umur untuk derma darah. bila dah setel semua,darah pulak kurang. Percubaan-percubaan yang berikutnya pun gagal. Heheheh..tak da harapan untuk aku derma darah nampaknya. Tapi,orang yang layak dan boleh derma darah,ramai ja yang tak pergi. Apa yang ditakutkan pun aku tak tahu. Kalau niat ikhlas untuk membantu, insya-Allah,,tak ada apa lah. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.


Senarai nama anak:
 Nama iman bayak tau. Ibu dengan ayah dia yang cari, nampak gaya ayah iman sangat berminat untuk dapat anak perempuan, memandangkan senarai nama anak perempuan yang banyak. Tak kisah lah,,anak depa,suka hati depa lah kan.

Bagi aku..
kita perlu belajar ilmu keibubapaan sebelum kita kawin lagi. Ingat senang nak didik insan yang di ciptakan sebagai amanah kita? Satu tanggungjawab yang sangat besar untuk di pikul. Kalau tak ada ilmu di dada,agak sukar lah aku tengok jalannya.. Tak ada sapa pun yang boleh bagi jaminan syurga buat anaknya kan?


ingat senang nak didik anak-anak daripada zero kepada anak yang soleh atau solehah? untuk mendidik anak, ada teknik dan peringkatnya yang tersendiri. Cara didik anak kecil dan anak remaja tak sama.

Ibu bapa perlu ada banyak ilmu dan skill. Aku suka baca cara ustaz Hasrizal mendidik anak-anaknya. Skill yang tersendiri, sangat memahami tugasan zaujahnya yang sangat sibuk. mendidik anak-anak berdakwah dari kecil. Membiasakan medan dakwah pada anak-anaknya sejak mereka kecil lagi.

Aku pun masih mengutip ilmu , belum ada pengalaman. Pengalaman menjaga adik-adik dan anak-anak saudara tak sama bagi aku. Mesti ada kelainan. Naluri ibu tu satu nikmat. Rugilah yang dok buang anak tu.
Kesimpulannya,belajarlah ilmu keibubapaan.

2 comments:

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.