Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday, March 31, 2012

SANAH HELWAH

Bulan Mac menyaksikan ramai jugak kenalan aku menyambut ulang tahun termasuk kelahiran ahli baru dalam keluarga besar aku..PRINCESS kecil..hehehe

18-03 ~ Mastura  Binti Nordin
20-03 ~ Abdul Hadi Bin Azizan
22-03 ~ Nurul Izzati Binti Idris
27-03 ~ Princess kecil
31-03 ~ Adilah Binti Adam

Sahabat aku,Nurul Izzati Idris adalah satu-satunya insan yang sempat aku raikan.. Kawan dari darjah satu sampai sekarang..lama sangat lah kan..heheheh
  kami sambut berdua saja. Tak rancang pun. Just keluar,beli kek pun pilih sama-sama,,tak ada suprise apa pun dari aku..lepas tu makan di KFC..ini saja.
Aku tak ucap pun 'selamat hari lahir' dekat adik hadi..sebab masa 20 hari bulan,dia ada operasi dalam hutan..so tak dapat dihubungi..harap maklum. Adik Hadi dah 21 tahun..Moga-moga dia sentiasa di bawah lindungan Allah SWT..Amin

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.