Terkejutkan dengan tajuk aku kali ini?
Tiba-tiba ckp pasal poligami,sedangkan kahwin pun belum. Kenapa poligami? Sbb tajuk radio recording kumpulan aku ialah 'POLIGAMI baik dan buruknya' dan bicara aku minggu ni banyak juga berkisarkan poligami. Kahwin memang belum,tapi aku punya sedikit pengalaman dalam isu kali ini.
Tiba-tiba ckp pasal poligami,sedangkan kahwin pun belum. Kenapa poligami? Sbb tajuk radio recording kumpulan aku ialah 'POLIGAMI baik dan buruknya' dan bicara aku minggu ni banyak juga berkisarkan poligami. Kahwin memang belum,tapi aku punya sedikit pengalaman dalam isu kali ini.
Poligami bermaksud seorang lelaki berkahwin lebih daripada satu iaitu dua,tiga dan empat dalam satu masa. Poligami pada hakikatnya adalah untuk menyekat kaum adam daripada berkahwin lebih daripada empat.
Jika kita menyingkap sejarah dunia Islam,semasa zaman jahiliah,kaum arab jahiliah telah meletakan kaum hawa di taraf yang paling rendah. Sehinggakan mereka boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja yang mereka sukai tanpa had,ada juga yang mencecah lebih daripada 10 orang dalam satu masa. Ini serba sedikit tentang sejarah poligami yang masih berada di dalam minda aku.
Jika kita menyingkap sejarah dunia Islam,semasa zaman jahiliah,kaum arab jahiliah telah meletakan kaum hawa di taraf yang paling rendah. Sehinggakan mereka boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja yang mereka sukai tanpa had,ada juga yang mencecah lebih daripada 10 orang dalam satu masa. Ini serba sedikit tentang sejarah poligami yang masih berada di dalam minda aku.
Jika berbicara soal poligami dalam kalangan wanita,pasti panas telinga dan terbakar hati mendengarnya. Mana tidaknya,perlu berkongsi kasih. Ada yang lebih rela di ceraikan daripada dimadukan. soalan aku Madu atau cerai lebih afdhal?
Hadis Nabi yang di riwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah:
Terjemahan: " Perkara yang paling di benci oleh Allah SWT ialah talak(penceraian).
Ada juga yang menentang sekeras-kerasnya poligami. Bukankah poligami itu hukum dari Allah,telah tercatat di dalam Al-Quran?
Terjemahnya:
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. “ (QS. An-Nisaa’ : 3)
Soalan aku yg sterusnya,Bolehkah kita sebagai hamba menentang poligami?
PANDANGAN AKU TENTANG POLIAMI
Kenapa pandangan aku? Bagus sangat kah aku smpai boleh bg pandangan? Ini blog aku kan? So,di kesempatan ini,di Saat Allah masih bg kesempatan menghirup oksigen ni, ak nk say something.
Poligami tak salah,dan tidak akan pernah boleh di tentang. Hukum yang telah jelas termaktub dalam alQuran dan hadis. "Mesti lah boleh kau cakap macam ni,orang yang merasa peritnya poligami itu bukan kau? ". "cakap senang lah wei". Mesti ada yang bercakap macam ini kan?
Adakah poligami dicipta untuk kesengsaraan semata-mata? Bukankah sebelum Allah menetapkan poligami,seorang suami boleh berkahwin lebih daripada empat? Adakah anda lebih rela melihat suami anda bergelumang dengan dosa? Tidakkah kita juga akan menerima sahamnya di akhirat kelak?
Adakah poligami dicipta untuk kesengsaraan semata-mata? Bukankah sebelum Allah menetapkan poligami,seorang suami boleh berkahwin lebih daripada empat? Adakah anda lebih rela melihat suami anda bergelumang dengan dosa? Tidakkah kita juga akan menerima sahamnya di akhirat kelak?
Satu benda yang harus di ingati selalu, tidak pernah ada satu pun di dunia ini yang menjadi hak mutlak milik kita. Kita semua adalah hak milik Allah dulu,kini dan selamanya. Siapa kita untuk melawan takdir Allah SWT? Hawa-hawa zaman sekarang juga harus mengakui kebenaran ini:-
- Perempuan lebih byk dr lelaki. Tp kajian d mlysia sblm ni ckp lelaki byk dr perempuan (utk populasi mlysia lh)
- terdapat juga golongan lelaki yang sangat berkeinginan untuk menjadi perempaun(mak nyah),golongan ini pun tak masuk dalam senarai lelaki idaman Malaya kan?
Namun,kepada isteri ke 2 3 dan 4,harus di ingat,jangan pernah jadi PERAMPAS. Jika benar anda harus berpoligami, niatlah kerana ALLAH. Sakitnya di rampas hanya Allah yang tahu dan yang pernah merasainya. Berkahwinlah dengan cara yang baik. Para madu perlu berbaik untuk menghasilkan madu yang MANIS. Bersatu itu lebih baik kan?
Sbb apa xboleh? Apa yang susah? Apa yang payah? Isteri-isteri Rasulullah BOLEH,kenapa wanita sekarang tidak boleh? Mereka bolehlah sebab mereka isteri nabi,kami tak boleh sebab kami wanita biasa. Bukankah wanita biasa yang perlu berusaha lebih daripada Isteri nabi? Bukankah semua isteri nabi telah dijamin syurga? So,wanita-wanita biasa,masih mahu menolak poligami walaupun diri bukanlah dari golongan yang di jamin syurga? Ingatlah kita tidak mampu masuk syurga dengan amalan kita,hanya dengan rahmat-Nya sahaja kita memohon untuk menikmati syurga-Nya.
Realitinya,tidak ada yang suka berkongsi. Hatta,Siti Aisyah sendiri cemburukan Hafsah. Namun kerana cinta mereka pada Allah dan Rasulullah maka di relakan jua poligami. Cemburu itu fitrah,tanda kasih pada suami. Namun besederhanalah,kita masih ada cinta Ilahi.
SEMUA PANDANGAN Aku HANYA BOLEH DIGUNA PAKAI SETELAH SUAMI TERSEBUT YAKIN,DIA BERKEMAMPUAN zahir dan batin,SERTA MAMPU BERLAKU ADIL.
Perlu di ingat juga,adil itu bukanlah samarata,tetapi meletakkan sesuatau apda tempatnya.
Alam poligami yang di sekeliling ak tidak ada yang indah,lebih banyak duka dari tawa. Walaupun bukan aku yang bermadu,namun tempiasnya terkena juga pada aku. Pengalaman sahabat juga sama. Aku masih belum berjumpa dengan sebuah keluarga yang mengamalkan poligami tetapi penuh dengan tawa dan bahagia. Anak-anak terabai tanpa kasih sayang ayah,anak-anak terbai dan terbiar,nfkah entah kemana,hilang semua rasa tanggungjawab,perkahwinan yang sudah menjangkau usia 23 tahun runtuh dek kerana isteri muda, dan banyak lagi.
Apa jua yang terhidang di depan mata,tidaklah mudah untuk aku melatah. Aku masih punya akal fikiran. Aku tidak terus membuang poligami,poligami itu baik,yang mmemburukan poligami adalah insan yang bernama suami tidak adil,suami tidak bertanggungjawab,si perampas yang pentingkan diri sendiri, dan seangkatan dengan nya. Bagi yang sedang merancang untuk berpoligami, jangan pernah menjadi FITNAH PADA ISLAM.
Kalau tanya aku,sanggup atau tidak, jawapannya mmg tak sanggup,TETAPI jika:
- di takdirkan aku bukan wanita sempurna,tidak mampu memberi zuriat,maka sila kanlah suamiku,aku cuba utk relakan.
- di takdirkan,aku sakit dan saat itu,aku sudah tidak mampu membahagiakan suami aku,silakanla,aku pasrah
- silakanlah,jika alasannya kukuh.
renungkanlah,hidup hanya seketika, singgah sebentar mencari bekal untuk di bawa ke perkampungan akhirat di sana.
0 comments:
Post a Comment