"kak cik ang tau dah ka tok tak dak dah?".
saat itu. Kaki aku kaku,terpaku di tepi jalan. mulut bagaikan terkunci seketika.
"Tok tak dak dah,tok minah,pukul 6.40 tadi" sepupu aku meyambung bicaranya."ang nak balik dak?kak aku balik".
"Aku balik,aku balik".Perkataan ini sahaja yang keluar dari mulut aku. Air mata mengalir laju,jatuh ke pipi. Hilang semua rasa malu pada orang,biar banyak mata yang memandang,air mata tak mampu diseka.
Sepanjang perjalanan pulang,ingatan hanya terlekat pada tok. Segala memori bersamanya satu persatu keluar di skrin ingatan. Titisan air mata menemani aku sepanjang perjalanan.
Pukul 5, pagi Jumaat, aku sampai di rumah. Berat kaki untuk melangkah ke rumah tok,aku tak sanggup melihat sekujur badan yang sudah pergi menghadap Ilahi. Aku gagahi kaki ini untuk melangkah jua. Tiada kata yang aku lafazkan. Mak yang berada disisi tok,sudah bengkak matanya. Aku hanya bersalaman dengan sanak saudara dan mencium mak. Masih tidak mampu menatap wajah tok.
Pukul 5, pagi Jumaat, aku sampai di rumah. Berat kaki untuk melangkah ke rumah tok,aku tak sanggup melihat sekujur badan yang sudah pergi menghadap Ilahi. Aku gagahi kaki ini untuk melangkah jua. Tiada kata yang aku lafazkan. Mak yang berada disisi tok,sudah bengkak matanya. Aku hanya bersalaman dengan sanak saudara dan mencium mak. Masih tidak mampu menatap wajah tok.
Usai solat subuh, aku pergi ke rumah tok untuk membaca Yassin. Saat membaca,beberapa kali aku terpaksa berhenti , "sedihnya Ya Allah". Hari ini ALLAH telah memberi kemudahan dan kelapangan kepada semua cucu tok untuk pulang ke kampung. Semuanya sempat melihat tok buat kali terakhir. Alhamdulillah.
Seketika kemudian tok diangkat untuk dimandikan. Sedih sangat. Selama lapan tahun tok lumpuh,anak-anak dan cucu-cucu tok yang mandikan tok. Saat memandikan tok,terkenang aku, ditempat yang sama aku pernah mandikan tok, ramai2 dgn spupu sepapat.
Banyak bicara tok, nasihatnya, soalannya....tapi kali ini, semuanya sudah hilang. tidak ada lagi memori baru yang boleh aku bina dengan tok. Tok kaku. Namun wajah tok tersenyum. Siapa saja yang memandang wajahnya pasti berkata,tok senyum.
Dalam kesibukan menguruskan jenazah tok,sepupu ak yang umr 3 tahun meruntun hati aku.
"awat tok tidoq lama sangat? awat tutup muka tok?". Pilunya hati ini mendengar ungkapan ini.
Setelah selesai mandi,tok dikafankan. Deraian air mata mengalir di setiap pipi anak-anak dan cucu tok semasa diminta mengucup tok. Berkali-kali cuba tahan air mata. Setelah agak kuat,aku kucup pipi tok buat kali terakhir,sejuk,sejuk sangat.
"Ini lah yang terakhir tok. Semoga tok damai disana."
Aku dan sepupu perempuan menanaiki van jenazah kerana hujan tidak henti-henti dari pagi. Seperti hujan jugalah air mata sanak saudara mengiringi tok pergi. Tiba di masjid,tok disolatkan.
"Selamat tinggal tok,damailah tok di sana"
Petang jumaat,kami berbincang tentang satu perkara. Selama 8tahun Mak Su jaga tok,pastinya dia akan kesunyian selepas ini.Selalunya,lepas hantar sepupu aku ke sekolah,mak su akan bg tok sarapan n mandikan. Masak untuk tok. Kadang-kadang tok perlu di suap. Mesti mak su sunyi n sedih selepas ini. Sekarang mungkin dia tak rasa sunyi sbb sanak-saudara masih banyak dan banyak anak-anak kecil yang membingitkan keadaan rumah. Sunyi itu masih tidak terasa. Mampukah mak su mengharungi hari-hari mendatang tanpa tok? Kuatkan dan cekalkan diri maksu.
Malamnya, kami adakan tahlil untuk tok di masjid. Di rumah,mak suruh kami tunaikan solat hadiah untuk dihadiahkan pada tok di malam pertama tok disana. Tempatkan tok bersama orang-orang yang beriman..Ya ALLAH SWT.
0 comments:
Post a Comment