Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, April 06, 2011

KISAH HATI


Ya Tuhanku..
Hamba-Mu ini tidak tahu apa yang ingin Engkau tarbiyahkan untukku. Tapi hamba-Mu ini redha dengan setiap ketentuan-Mu. Ujian-Mu mengajar hamba-Mu ni lebih tabah dan sabar. Ujian-Mu juga membuatkan ku sedar bahawa Engkau menyayangi ku. Mungkin ku rasakan dia yang terbaik untukku tetapi hanya Engkau Maha mengetahui yang terbaik buat diriku.

Daku tidak pernah kesal dengan ujian Allah. Mungkin Allah ingin menghadiahkan daku seorang insan yang lebih baik daripada dia. Bak kata ustaz Pahrol " Mungkin dia bukan terbaik untuk kunamun tidak bermakna dia tidak baik,tetapi dia adalah terbaik buat insain yang terbaik untuknya."

Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Sekiranya kita boleh petala atau musibah,anggaplah Allah sedang menguji tahap keimanan dan tahap kesyukuran kita. Walau apa jua kondisi kita tika itu,sentiasalah bersyukur kerana nikmat allah Maha Luas dan tidak terkira.

Sesungguhnya,Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati, Allah memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal. KIta memohon kebijaksanaan,Allah memberi kita pelbagai persoalan hidup untuk di selesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang. Kita memohon kemakmuran, Allah telah memberi kira akal dan tenaga untuk di pergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran. Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati,Allah memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Allah membimbing kita. Adakah jika kita tidak beroleh apa yang kita idamkan bermakna bahawa kita tak mendapat segala yang kita idamkan?

Kadang-kadang Allah tak memberikan apa yang kita minta,tapi dengan pasti Allah akan memberikan kita apa yang TERBAIK untuk kita. Kebanyakkan kita tak dapat melihat hikmah bahkan tidak mahu menerima rencana Allah. Pada hal itulah yang TERBAIK untuk kita.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.