Hati aku berlagu sepi seketika. Hanyut dalam kedukaan. Tiada yang bisa menggantikan tok. Memang yang patah tumbuh yang hilang berganti. Tapi tok aku tiada siapa yang mampu menggantikan tempatnya.
Saat diri ini masih kecil,tok sentiasa di sisi,mengajar diri membaca Al-Quraan tanpa jemu.Tidak pernah aku dimarahi,sentiasa lembut dalam bicaranya. Teringat aku semasa darjah satu,setiap pagi selepas mandi tok akan gosok kaki aku,tok tahu aku sejuk. Sayangnya tok pada aku. Sentiasa ada di sisi aku.
Indahnya saat bersama tok tak akan mampu berulang kembali. Tiada lagi kedengaran alunan ayat suci Al- Quran dari tok. Tiada lagi bicara dan tawanya. Semuanya hanya tinggal kenangan.
Tok seorang yang sangat menjaga bicaranya. Tidak pernah bertandang ke rumah jiran untuk berbual kosong. Setiap petang tok akan habiskan masanya untuk mengayam tikar atau membaca Al-Quran. Baiknya tok.
Semuanya masih segar dalam ingatan. semuanya....
0 comments:
Post a Comment