Alhamdulillah, tanggal 14 Ogos 2014, Miza dah selamat dibedah buat kali ketiga. Pembedahan yang terakhir.
Pembedahan yang ketiga ni, lepas raya puasa. Memang semua berharap pembedahan yang ketiga ni sama macam yang kedua. Mak Miza, mak aku, semua lah, Suri, Ina, Saiyidah semua doa yang terbaik.
Yang ketiga ni, ada dokumentari. So, sesi pembedahan di rakam.Miza antara pesakit yang terbaik. Alhamdulillah, yang ketiga pun selamat. Hari jumaat dah boleh balik dah.
Cuma, dua minggu lepas, kena serangan asma buat kali pertama lepas operation ketiga. Terus masuk zon merah. Ya Allah, jgn ICU cukup! Kena tahan wad asalnya, tapi Miza tak nak, jadi tandatangan surat risiko sendiri, sebab ada jangkitan kuman sikit dekat paru-paru. Dokter kata ok, sebab sikit saja, makan antibiotik ok lah. InsyaAllah.
Malam tu, miza muntah teruk dekat rumah, maka aku dah tak tau nak buat macam mana. Miza mintak kebenaran makan ubat muntah, Miza tak boleh makan ubat tahan muntah yang ni, sebab dia allergic ubat ni. Disebabkan tak tahan tgok keadaan miza, maka aku benarkan. boleh aku cakap tawakal. Gila betul aku ni.
Makan je, terus miza kejang, simptom2 alahan ubat masa operation pertama jadi balik. Aku dah cuak sangat dh. Ambulance dtg, aku suruh hantar hospital seremban, tak berani p hsptl serdg. Dokter sana dh pesan, jangan makan ubat tu, tapi makan jugak!
Aku rasa bersalah sangat. Malam tu memang tak tidur! Aku terus campak ubat tahan muntah tu. Kena lah mrah dengan dokter, dokter kata kalau nk mati, bagi lah makan lagi.
So, aku dah bertaubat kes2 bagi makan ubat yang bukan2 ni. Kalau dokter kata jangan maka ikut lah.
Semoga lpas ni Miza terus sihat, dapt kerja dan menabur bakti pada family, Ameen InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment