Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday, September 27, 2014

Balik Kampung. Raya oi !

Apa lagi..nyanyilah lagu sudirman cepat!.. nak balik kampung ni. Sebenarnya aku tak tau pun bila raya. Aku ingat, aku balik kampung seminggu sebelum raya, rupanya aku balik kampung tiga hari lagi nak raya. Aku pun tak tau aku ingat apa. 
Aku balik raya dengan budak kecik ni. Khalishah Shafiyyah. Pandai budak ni. Masuk dalam kereta, sejuk aircond, terus tido. Dah sampai baru bangun. Kami singgah Perak dulu. Rumah mentua Dik Ti. Raya tahun ni giliran kampung Perlis. tu yang aku tumpang dua-dua kaki aku tu.
Malam raya, kami dan lagi pi kangar. Ada ekspo apa ntah. Dan makan-makan. Ni orang panggil Dataran apa ntah..huhuhu..anak perlis xsedaq diri ka lupa daratan ni? teruk! teruk!


Allahukabar! Allahukabar! Allahuakbar!
Takbir pagi raya di bumi perlis. Tahun lepas dekat Sarawak kot. Walaupun dekat bumi orang, aku still rindu suasana raya di sana. Best! Very Family. Memang  mendidik mencintai keluarga betul. Tradisi yang sangat baik untuk di amalkan.
Dik Ti, ada baju raya expresssssss..sesuatu telah berlaku..kehkehkeh..teka lah apa yang terjadi di pagi raya. Khalisha memang jadi rebutan, sebab xda budak kecik, dia ja yang paling kecik. Maka dia lah yang jadi sasaran semua orang. tapi aku suka betul gabungan warna gaun n design baju budak kecik ni. Nice!

Tepi Khalisha tu Rabiatul Adawiyah. Mak depa kawan dari kecik. Sorang lahir bulan 1, sorang lahir bulan 5. Kahwin dan dapat anak pun sama bulan kelahiran. Hebat persahabatan depa ni kan?

 Ni part yang paling best ni. Makan DURIAN RAYA. Hambik kau, makan durian masa hari raya. Ni kerja Pak Lang aku lah ni. Kami pun apa lagi, layan lah. Sedap! tak tau berapa biji kami hentam.


 Lepas tu, part raya dengan kawan-kawan. Raya pertama memang khusus raya dengan family. tu yang aku pegang dari dulu.
 First, aku dengan midah, pi Ayer Hitam. Melawat kawan aku, Zolyani. Dah selamat bersalin baby boy. Sempat la midah try skill menjadi ibu. Susukan baby and part last kena serah pada yang pakar jugak akhirnya,sebab tak berani nak angkat tepuk baby bagi sendawa..heh!

 Ni rumah Cikgu Mawar. Dah jadi cikgu kawan aku ni. Toke coklat ni. almaklumlah, mengajar di Langkawi. Kak Long kurus sangat la ni. Tapi respek, lepas ni sambung master dekat UKM. aku ja lah xdak arah lagi. Midah pun dah nak berhijrah ke KL. Kerja dengan Mira. Tinggal lah aku sorang berjuang di bumi perlis nampaknya (poyo! padahal ada di Nilai lg)

 Ni menu yang buat semua orang nak mai raya rumah aku. Adik Arfah dah buat menu ni jadi menu wajib time raya pulak. Semua orang nk makan mihun sup thai dia.

Abang-abang, kakak-kakak aku dari kuala kedah pun suka sangat dengan mihun ni. Masa ni lah juga aku dapat tengok anak abang amin, abang aku number dua. Dah besar dah pun nasuha. Kak Ju tak balik Sabah, raya sini ja. lama jugak dia tak balik sabah, tiket kan "murah", nk beli tiket bukan satu, tapi empat, memang sedap jugak lah. Ni lah nasib kalau kahwin jauh.


 Sebelum balik Nilai, aku sempat jugak lah pi majlis aqiqah anak sepupu aku yang kelima, LUBNA. Lahir dalam bulan puasa. Kakak dia NUBLA. kakak Nubla, Nuha, kakak Nuha,Nahijah. Part Nubla n Lubna yang penin kepala, dekat sangat nama depa. Hadoi yai..


Ambik mood! yang ni tak lama dah ni.. bunyi kompang sayup2 dah. Semoga Allah permudahkan semuanya. Ameen..
p/s : cerita raya yang di update masa org dok bilang hari nk raya haji, gilos. feel..mmg kurang lah. Tahun ni tak dak gambar family raya. Tak pa, tahun depan ada kot. Tahun depan insyaAllah ada baby..hihihihi

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.