Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday, October 28, 2013

Tasmik

Alhamdulillah, dah hampir setahun kami( aku, Miza, Suri dan Ina) belajar di Darussyifa Bangi. Menjadi anak murid Tuan Guru Dr. Harun Din merupakan perkara yang cukup indah.

Setiap malam isnin, menunaikan solat fardhu magrib dan isyak berimamkan beliau, Allahuakbar! Semoga ulama' ini sentiasa sihat.

Smlm kami berjaya selesaikn tasmik yang ketiga. Alhamdulillah. Ruqyah ketiga ni xsusah sangat berbanding yang kedua. Ruqyah ketiga more to rawatan sihir.

Hafalan Ruqyah Asas Pertama

(1) Penawar Seribu Guna (Surah Al-Fatihah)
(2) Ayat Keagungan (Ayat Kursi)
(3) Ayat Pemecah Dan Kesuburan
(4) Ayat Perangsang Selera
(5) Ayat Pemecah Kebuntuan
(6) Doa Penghilang Kesakitan
(7) Ruqyah Jibril
(8) Doa Penyakit-Penyakit Mata
(9) Doa ’Ilaj Ilahi
(10) Doa Penerang Hati

Hafalan Ruqyah Asas Kedua

(1) Ayat Pemecah
(2) Ayat Pelembut Hati
(3) Ayat Pendamaian
(4) Ayat Mendapat Zuriat
(5) Ayat & Doa Selusuh
(6) Tujuh Syifa’
(7) Ayat Mencari Dan Mengembalikan Orang Yang Hilang
(8) Doa Mengembalikan Yang Hilang
(9) Doa Mengatasi Sukar Tidur
(10) Doa Mengatasi Penyakit Rumit
(11) Doa Bertemu Jodoh
(12) Doa Penyejuk
(13) Doa Mengatasi Kerungsingan

Hafalan Ruqyah Asas Ketiga

(1) Al-Muawwizat
(2) Ayat Pembatal Sihir
(3) Ayat Penunduk Sihir
(4) Ayat Pendinding Daripada Sihir
(5) Ayat Pendinding Daripada Syaitan
(6) Ayat Perlindungan Daripada Syaitan
(7) Ruqyah Nabawiyah
(8) Doa Menghindar Syaitan
(9) Doa Menghindar Hasutan Syaitan
(10) Doa Menghindar Gangguan Syaitan


Sekarang dah boleh praktikel di mana-mana cwgn darussyifa. Alhamdulillah.

InsyaAllah, januari 2014 akan diijazahkan under darussyifa..2014, convo dua kali. Convo kedua, insyaAllah under usim. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur.

P/S : TAHNIAH! utuk Miza. marakah 99% kot. Hebat sbb berjaya harungi semua ni, berjaya melawan penyakit, semoga terus bersemangat! caiyok!

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.