Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, October 17, 2013

Aidiladha di Perlis.

Alhamdulillah...raya korban sudah. Keseluruhannya, xda lah meriah mcm Kelantan. aku ada simpn azam nak tgok gaya raya korban di kelantan satu hari nnt. Insya Allah.

Hari ni tema baju aku, adik Arfah n Miza , warna biru. Baju kami bertiga satu set ok. Sama,berbedanya hanya pada saiznya buk. Kok indon pulak keluarnya..ya begitulah, semakin ramai org sana ke sini. Kdang2 rasa konfius aku d ngara mna...

Kisah seterusnya...

Pukul 2pg..ada orang ketuk pintu. Aduh! aku cuak. kejut adik Muhammad suruh buka pintu, Wassalamu'alaikum lah..mana nak bgunnya dia. Aku jugak lah. Viva putih, adik Hadi n Nadia balik rupanya. Sebab hantar isteri bos pegawai dia, maka dia dapat cuti raya 8 hari..memang power lh bdk ni..asyik dapat cuti ja time raya...apa pun Alahamdulillah, sebb mak akan sedih kalau adik hadi xdak. Diaorang raya di perlis sbb rya puasa dh rya d Pendang. Hoorie...saya suka,saya suka,saya suka.

Adik arfah masak mihun sup siam utuk para tetamu. Laziz jiddan! aku n miza mkn xtau brpa kali. pg mkn, ptg mkn, mlm mkn lg. Gila lah, mcm nk cup dia jadi chef kt kdai mkn aku pulak...aik?ada kdai mkn kh aku?

Kami p rumah yg terdekat ja. Makan lagi. Nah amik kau, makan laksa, makan mihun goreng. Hari raya memang tak ingat makan nasik lah...

Ptg ckit baru p beraya rumah wa. sempat pulak makan kenduri korban d rumah anak saudara wa, kak lela. Memandangkan perut dah kenyg, makan nasi impit ja yg lbh.heheheh

Rindu Khalisha, tapi dia balik 30.10.13..time ni mak long dah balik Nilai lah Khalish! kirim salam ja lah,,xdapat nak peluk cium bdk kcik ni..dh pandai duduk dah.

pagi raya kedua dah balik Nilai. Jemnya..nasib aku xbawa roti..kalau dak kenyg mkn roti berjam..mcm2 prisa ada. Nasib mak sempat bekalkan kami nasi+daging goreng yg lazat+sambal adik arfah yg terbaik sedap dan yg terHot! kaw punya.. xda lah kami kebulur dalam bas..hehehe.

1 comments:

  1. Assalam kak..maaf gangu,nk tnya mcm mna nk contact arfah..dh lma cri dia..ada no atau fb ke?

    ReplyDelete

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.