Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, November 06, 2013

DUNIA PENULISAN

Aku memang suka menulis. dr dulu sampai sekarang..
Dr sekolah rendah lagi, time exam, kalau tak dapat jawab, or dah habis jawab, aku tak akan keluar awal.. aku akn menulis segala hal yang terlintas atau meluah rasa di atas kertas. kadang-kadang berkeping2 kertas aku guna hnya utk menulis. Menulis sambil melukis. Kadang2 menulis utk diberikan pada orang.

Time mngantuk dalam kelas pun sama. Aku suka conteng buku catatan dengan tulisan dan lukisan. Buku catatan aku sntiasa penuh, namun bukan apa yang di ajari, tapi penuh dgn apa yg difikiri..huhuhu..haisy aku, aku..tapi ni lah aku.aku yang dulu tu masih ada, walau dah banyak benda beubah.

Alhamdulilah, aku suka kos komunikasi. Bhs Arbnya? ntah lah.. satu sem ja lagi, teruskan lah Hafizah.Dalam kos komunikasi, aku perlu menulis artikel. Aku suka tugasan ni. Dari lubuk hati aku, aku mmg suka dunia penulisan. Ada juga cita2 utk jadi penulis, yang penting tak ada cita2 nak makan gaji.



Alhamdulillah, smua artikel yang di hantar berjaya disiarkan. Ini lah pengubat duka aku sem lps.

Artikel ni aku tak tahu pun keluar, sbb BH mmg xkeluar dgn isu ni..tggu lama jugak..lps 2 dah amik tahu..tapi satu hari ada orang tag, baru ku tahu akn artikel yg sudah d publish..
ISU KENAIKKAN TAMBANG BAS. dan artikel ni dapat maklum balas, saya suka,saya suka..maklum balas SPAD. Harapan aku, satu hari nnt, aku boleh menulis sesuatu yang mampu menyumbang kepada masyarakat khususunya umat islam.

 P/s :Alhamdulillah, sedikit demi sedikit Allah pulihkn semgt blajar aku. Hanya Allah yg tahu betapa aku down sem lps. Aku biarkan semuanya berlalu. Pent, mungkin juga aku lelah dgn apa yg trjadi. Dan mmg sgt mngglkn kesn pada reslt exam semester6.
apa pun, we get what we give.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.