“ Badan kita merupakan salah satu AMANAH Allah SWT untuk kita. Jadi kita wajib menjaga amanah Allah sebaik-baiknya.”
“POSITIFKAN minda, YAKIN dengan janji Allah”
Istimewa kan menjadi insan terpilih? Sedar atau tidak, kita semua adalah insan yang dipilih, kita DIPILIH MENJADI HAMBA-Nya. Jadi kita seharusnya bergerak sesuai dengan status kita sebagai insan yang dipilih. Dan di antara insan yang terpilih ini, budak kecik lebih istimewa kerana dia adalah insan yang sekali lagi DIPILIH untuk menjadi yang TERPILIH. Beruntungnya manusia yang hidup diuji.
Ujian itu cara Dia mahu sentiasa dekat dengn hamba yang disayangi-Nya.
Ujian itu, tanda Dia mahu hamba-Nya meminta.
Ujian itu tanda Dia mahu memberi pada hamba-Nya.
Ujian itu tanda Dia mahu hamba-Nya kembali ke pangkal jalan-Nya.
Ujian itu bukan sia-sia diberikan.
Ujian itu mahu membasuh kotoran yang ada pada kita.
Ujian itu mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.
Ujian itu kifarah dosa.
Yang pasti, tidak ada ujian yang Allah datangkan tanpa sebab. Cuma kita sebagai hamba perlu buka pintu hati melihat hikmah disebalik ujian-Nya.
Muhasabah,muhasabah dan muhasabah diri selalu.
Sebelum itu, “positifkan minda, yakin janji Allah”. Agar muhasabah kita tidak membawa kita ke arah mempersoalkan qada dan qadar Allah pada kitaran hidup kita. Agar kita tidak berputus asa di akhir muhasabah kita. Agar kita tidak menyalahkan tadir Ilahi ke atas kita.
p/s :
Rsa detak jantung yang berdegup menahan sedih itu dapat aku rasai..Allahuakbar! dakap aku dengan cinta-Mu…aku faham Ya Allah, aku tidak memahami jadi aku tidak difahami..we get what we give…what goes around comes around. Memberi untuk menerima. Aku tahu semua tu, insya-Allah aku cuba untuk faham maksud setiap patah kata ini. Ayatnya tidak berbelit untuk aku fahami..tapi macam selalu, cakap memang senang, bila tiba masa untuk di aplikasikan, kita akan mula merasi sakit, pedih, pahitnya bermujahadah melawan rasa yang tidak sepatutnya hinggap dalam diri kita
betul 2..kita kna sntiasa yakin pd Allah...sgt bruntung pd stiap insan yg trpilih..oleh itu sntiasalh yakin bhwa Allah akn sntiasa membri pertolongn kpd hmba2 nya yg memerlukn..
ReplyDeleteBetul tu. Kita kena yakin tiada yang mustahil dengan janji Allah.
ReplyDelete