Alhamdulillah , semester 5 dah tamat sebulan yang lalu.
Result pun dah keluar, macam biasa, keputusan aku biasa-biasa saja, tak ada yang gempak pun. Tapi aku still bersyukur, lulus semua subjek.kalau nak di bandingkan dengan usaha dan keputusan yang aku dapat, Allah dah bagi lebih dah. Terlalu sikit usaha aku. Ok, tutup cerita sem 5. Masa sentiasa berjalan, jadi kita perlu tengok masa depan lah kan, sejarah kita jadikan teladan dan sempadan.
InsyaAllah isnin minggu depan, kelas untuk semester 6 akan bermula. Macam tak percaya, tapi ini lah hakikatnya, dah 3 tahun rupanya aku di bumi nilai ni. Walau pun rasa tak mampu bawa kos bahasa arab ni.
Sem ni ada pertambahan, kalau masa sem 5 aku buat part time, sem ni aku ada dua kuliah yang berbeza. Semoga aku di pinjamkan sedikit kekuatan untuk bertahan sehingga akhir tahun ni..Ameen.
Apa lagi untuk sem?
0 comments:
Post a Comment