Aku dan Yana sesat..
Alkisahnya
Hari rabu.. lepas kelas, aku dengan Yana terus bertolak ke Seremban. Untuk?
Hal ini kerana(cewah)...kami nak pergi ambil IC baru. Dah sebulan dah ni..hari tu cakap dua minggu siap..
Sampai ja dekat pejabat pendaftaran tu..
"Maaf dik, ada problem sikit dekat(tak ingat lah nama tempatnya)..Tiga bulan baru siapa"
TIGA BULAN???
lambat lagi ma..
Maka,aku dan Yana pun pulang membawa hati yang lara.
Sampai satu simpang aku tersilap belok,sepatutnya kanan,aku ke kiri pulak..
" Yana. Fiza silap belok!!!. Cena ni???"
Aku redah juga...
Tiba-tiba Yana nampk signboard ke KL.
Aku pun.." Alhamdulillah, kita dah kembali ke jalan yang benar"
Semakin jauh kami bergerak...
Sampai jumpa satu signboard, 31KM ke Port Dickson...
"Haaaaa??"
Ya Allah,ingatkan dah kembali ke jalan yang benar. Rupa-rupanya kami semakin sesat di jalan yang lurus ni.
Aku dah blurrrr
Habis kami call manusia yang dapat membantu.
Sementara nak dapat hidayah..
berhenti dulu lah kat tepi jalan..sempat bergambar lagi..
bukan apa,tak mau bagi stress sangat..hehehe
Dekat restoran ni lah kami berhenti tanya jalan nak balik Nilai. Ada tiga pilihan yang pak cik kedai makan ni bagi tau kami. Last sekali, aku dengan Yana putuskan untuk balik ikut highway. Bukan apa,kalau jalan yang tak pernah lalu,takut semakin sesat di bawa arus.
Malamnya, Aku ke kuliah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Sebelum ni, aku suka baca hasil tulisannya.
Tajuk malam ni,
" Analog Digital"
Mengupas tentang perbezaan antara generasi X dan Y yang disebabkan oleh perkembangan TEKNOLOGI. Alhamdulillah, aku berjaya mendengarnya sehingga tamat. Kupasan Ustaz Hasrizal amat menarik,, kupasan yang terhasil dari pembacaan, kajian dan berfikir. Bukan hanya sekadar omong kosong!!!
Perubahan teknologi
Tetap ada baik buruknya.
Tggl kita lah pilih, nk yg buruk atau baik.
0 comments:
Post a Comment