Semalam aku dan adik Arfah dah selamat pergi dan balik dari Kuala Kedah,Jitra dan Abi.
Pertama, Aku ke rumah pak aku di Kuala Kedah. Aku tak lama dkt sana, kami sempat keluar makan tengah hari sama-sama. Ok lah kn..dr xhado. Dalam perjalanan balik, Pak aku ada pesan sesuatu,
" Kak dengan adik arfah mesti jadi kawan sampai bila-bila. Tak boleh ada sifat iri hati. Jadi macam pak dengan arwah ngah. Berkawan hingga akhir hayat." Ok, aku tersentuh betul dengan pesanan ni.
Sebelum ke Jitra,aku ke rumah Mak cik,isteri Pak yang pertama ke kedua, ikut lah. Bukan apa, rindu dekat ank saudara. Sekarang ni semua orang ada baby, Yana pun dah tukar profile picture FB dia,,jelezzz ni..
Ya, kalau ikut susunan semua anak pak, aku ada sepuluh adik beradik dan aku anak keempat. Tapi anak-anak abang dan kakak aku still panggil aku Mak Long. Entah lah,aku ikut ja. Semua ada,kecuali Kakak ipar aku, dia kerja. Abang ipar aku,yang agak susah nampak batang hidung pun ada juga hari ni.
Ni Haikal,anak kakak aku yang sulung dan tunggal buat masa la ni lah. Dah enam tahun dah.
Ni pulak, chaq..aku lupa nama betul dia. Anak sulung, abang sulung aku.
Ini Naufal,adik kepada Chaq. Dulu aku jumpa dia masa dalam pantang. Dah besar sekarang. Tak duduk diam.
lama juga aku duduk rumah mak cik. Mak cik suruh makan nasi situ. Nak tolak tak sampai hati. Jadi, aku dengan Adik Arfah makan tengah hari dua kali lah hari ni.
Lepas makan nasi..
abang aku yang kedua.
" Fizah,hang dah cukup umur nak mengundi kan? Aku tau,mengundi tu hak individu,tapi aku nak tanya jugak,hang nak pangkah apa?". Ya Allah, boleh dia tanya lagi.
Aku jawab..
" Pangkah --- lah"
"Ha..tak pa."
Lepas tu,bincang pasai family sikit and dalam pukul4, aku bertolak ke JITRA.
Nubla Amani, Insya-Allah ini lah nama yang bakal di daftarkan.
dilahirkan secara normal,seberat 3.6Kg oleh sepupu aku yang sulung, Kak Normah. Nubla Amani muda 13 hari ja dari sepupu dia,Nur Ain Nabilah. Kalau Nur Ain Nabilah anak perempuan yang di tunggu-tunggu, tapi Nubla Amani tak,,dia ada dua orang kakak, Najihah dan Nuha serta sorang abang(lelaki tunggal), Naufal Wajdi.
Naufal cakap tak best dapat adik perempuan, tak boleh ajak main bola.
Hemmm..terima ja lah hakikat ni Naufal.
0 comments:
Post a Comment