Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, April 13, 2012

Amaran Tsunami

Mak kawan aku dan kawan aku minta aku teman depa pi Padang Besar.
Aku setuju ja, sebab tak ada buat apa-apa kan..
Masa sibuk pilih asam ( biasa lah, bila orang gila jeruk bertemu dengan jeruk), Pak Ngah kawan aku cakap,adik dia dekat peneng rasa gegaran. Aku cool lagi. Mesej dari Yana masuk
" Amaran tsunami kn..fiza ati2 tau."
Ya Allah..



Balik dari Padang, Kami balik ikut jalan Kuala Perlis. Awan gelap sangat,tambah-tambah dekat Langkawi.
Polis arah, semua peniaga tepi jalan dan juga laut tutup kedai. Pasukan Bomba dan stand by dah. Dalam masa beberapa minit, jalan untuk ke Pantai ditutup.



Aku mula rasa gerun.
Melihat awan yang makin gelap.
Air laut semakin naik dengan ombak yang agak sedikit luar biasa. Agak kuat.


Ya Allah, andai tsunami betul-betul melanda PERLIS?
"Pak Ngah, Jarak rumah kita dengan laut berapa?" Soal aku.
" 3 or 4KM."
Kalau tsunami macam di Aceh melanda, memang tak ada harapan ni. Hati aku makin gelisah.



Peniaga berkemas.


Pulang ke rumah, aku minta mak dan adik-adik solat hajat dan baca Yassin. Doa kan keselamatan.

Dalam otak aku semalam tak ada lain, ingat mati ja. Tak ada ruang dan peluang untuk kami selamat.
" Ya Allah, andai kami mati, matikanlah kami dalam beriman kepada-Mu. Tutuplah aib kami di dunia dan akhirat"
Setelah tenang sikit, aku buka tv RTM.
ada PENGUNGUMAN..
" Amaran tsunami di tarik balik"
Alhamdulillah Ya Allah, 

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.