Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday, April 28, 2012

KUIH ARAB

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, group 1 dan group 2 dah lepas membentangkan tajuk mereka. Opsss! lupa pulak nak cakap, ini kisah assignment Bahasa Arab Kemasyarakatan. 

Kami semua di beri tajuk tentang kemasyarakatan atau perubatan, dan kami perlu mencari pasangan masing-masing, bergabung dan seterusnya meletop..hahahaha. bergabung n membentangkan hasil kerja kami depan Ustazah Asywaq dalam jangka masa tak lebih dari dua jam. ko rasa? Ckp arab xkurg 2 jam? Dan org tu adalh ak? Oh nooooooo....
.

Ni ustzahnya..
baru balik dari Arab Saudi..sebab balik ziarah nenek ustazah sakit


Ni kuih arab yang ustazah bawakan khas untuk kami. Sedap sangat,aku suka betul.

Sekarang aku terfikir,
apa ya, yang aku nak bentangkan selama dua jam dalam bahasa arab pulak tu?
lagi-lagi tajuknya menjurus kepada bidang perubatan..Aku group ke lapan. Tak lama dah ni.

mempersembahkan tajuk assignment aku..(mengada-ngada betul)

أدوات طبية - الأدوية والعقاقر- العلاج والجراحة

Aku baru dapat sikit maklumatnya, tu pun belum dicerna betul-betul lagi,ok or tak pun tak pasti lagi.
Sebarang cadangan atau komen anda sangat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Apa tak dengarlah..?
Yana nak tolong Fiza cari bahan?^^,
Kah kah kah

8 comments:

  1. eh.eh..
    nama saya di serulah.
    sayang sangat kat yana nampak?. ngeh3. :P

    ReplyDelete
  2. Nama anda diseru karana..
    ada angin datang memberitahu pada saya, bahawasanya, awak nak tolong saya..awak kan dah lepas..heheeh..comelkan?

    ReplyDelete
  3. comel???.
    oh. tima kasih kerana mengatakan saya comel.hehe
    bab2 perubatan tajuk yg best la fiza. enjoy it!
    yana suka sains. Boleh je nk mnta tlg yana carikan maklumat.. :D

    ReplyDelete
  4. heh..
    perasan pulak dia..Fiza lah yang comel..Nak huari mmg byk benda,,rasa macam tak cukup dua jam..hua3..bahan dah ada sikit,tapi ada yang perlu di translit ke BA..part ni agak berat sikit

    ReplyDelete
  5. amboi..
    nak yana minta kat U.Ashwaq fiza nak bentang 4 jam ke?.haha.
    sorg 2 jam.. hee. bagus gak kan?..hehe

    ReplyDelete
  6. boleh ja..tapi Fiza cakap sejam, Yana sejam lah..hua3

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. hemmmmm..
      ok lah,,tak nak tolong tak pa, Fiza cari yang nak tolong Fiza
      Weeerrkk^^,

      Delete

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.