Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday, February 12, 2012

MAKAN-MAKAN

Alhamdulillah..

Jumaat lepas aku buat reunion dengan kawan-kawan aku yang sama-sama menuntut di sekolah menengah dulu.

Tiga orang anak Pak Azizan ada bersama-sama hari tu. kembar tak seibu dan berlainan bapa. Norhafizah binti Azizan, Hamidah Binti Azizan dan Amirah Binti Azizan.  

Tak ramai pun kami empat orang ja. Sorang lagi Nurul atiqah Hasbullah a k a kak Long. Sepatutnya kami berlima tapi memandangkan Nisa kena mengajar hari tu,terpaksalah kami buat kami berempat saja. heheh.. Kali ni dekat rumah Midah..


Seronok sangat..pagi-pagi aku dengan Hamidah ke NAT aka pasar siang or aku pun tak tahu orang kat tempat lain panggil apa..faham-faham sendiri ja lah yek..Lepas beli barang masakan kami pun balik terus ke rumah Midah. Ok..Kak Long dengan Mira dah sampai.

MENU masakan kami hari tu?



Sup tulang, sambal sotong,sambal belacan dan sayur campur. Air sirap dan pencuci mulutnya tembikai kuning. Yummmiii...sedap. Aku tak begelar tukang masak pun hari tu. Aku just tolong potong,tolong basuh and tolong arah..hehehe sekali sekala rasa depa punya masakan pulak lah..rasa masakan sendiri boring kan?

Nak masak pun berejam-jam. Nak tahu kenapa? Sembangnya banyak sangat. Lepas satu tajuk satu tajuk. Macam-macam cerita keluar. Kak Long teruja sangat jumpa aku. Biasa lah masa form 6 dia duduk sebelah aku. Dia yang selalu cover aku tidur dalam kelas.

Cara aku tidur dalam kelas terbaik sangat,sebab aku akan letak kepala atas riba Kak Long. bukan apa senang nak cover,bila cikgu nampak automatik cakap "cari buku or cari barang." Memang nakal habis aku ni kan? Kesian Kak Long,ketua pengawas sekolh kena cover aku dalam kelas. Terbaik lah. Ingat lagi situasi tu..

Aku: Kak Long, mengantuk. Sat ja. Boleh lah.
Kak Long : Sat-sat. bagi cikgu duduk dulu.satgi dia nampak.
Aku : Dia duduk dah tu. Jaga tau.

Kak Long ni baik sangat tau. Ketua pengawas yang tak suka susahkan orang lain. Ketua pengawas yang susah nak marah. Selalu kena buli dengan aku kot..heheh,tapi Kak Long tak marah pun.

Berbalik pada makan-makan..
Lepas solat zohor..Kak Long dengan Mira terus balik,katanya mira ada kerja. Nak date dengan mak dia. Tinggal aku dengan Midah. Apa lagi..POLITIK TIME...

Semua isu keluar ni. Yang penting Midah suruh balik cek nama aku dekat SPR. Nama dia tak diluluskan. Cuak juga aku dengar. Tengah semangat nak pi mengundi ni,kalau tak diluluskan kena tunggu lima tahun lagi. Tu pun kalau tak kiamat.
p/s : Politik tak kotor,tapi orang yang mengotorkannya. Fikirlah.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.