Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday, February 27, 2012

SURPRISE

" Fiza jom teman yana makan nasi arab.Yana dah lama teringin nak makan". Mesej Yana masuk inbox aku petang semalam.

" Ok ja.Pukul berapa nak pi? sapa lagi ikot?". Mesej di replay

" Sakinah and Mazyyah. Kul 8 boleh tak".

" Boleh ja. "



Aku ingatkan nak pi jalan kaki malam tu. Restoran Nasi Arab bukannya jauh sangat,dekat  Dataran Nilai yang kat depan kolej tu ja pun. Alih-alih Yana cakap..

"kita naik keta"

Aku ikot ja. Naik keta lagi ok,sebab tangok macam nak hujan.

sampai sana....

"Akak saya lupa bawa lesen saya lah. Jom teman saya kejap." Ain Ramlan,adik kelas aku bersuara setelah siap order.

Yana pergi dengan Ain. Lama lah juga. Hana dah bising tanya ,"mana diaorang. asal lama sangat?". Nasi pun dah sampai ni.

Tengok macam sedap ni..

Jeng..jeng..jeng

Yana dan Ain muncul dengan membawa kek di tangan.
"Birthday sapa pulak dah?. Ohhhh..birhday Hana lah ni.". Birthday Hana 20 Febuari,tapi tak dapat sambut sebab dia pergi bercuti di KOREA.

Buka ja kotak kek..




Asal ada nama aku  sekali? Ok,kali ni Yana berjaya, aku akui tu. Yana berjaya SURPRISEkan aku. Nak balas dendam lah tu. Tahun lepas dia dah kena dengan ana...huhuhu


TERHARU ok..terima kasih semua. Walaupun nasi arab tak sedap semalam,tapi semalam hari yang best lah. Terima kasih buat semua terutama yang bagi hadiah..

2 comments:

  1. bestnya..rindu ngn yana..kirim salam kat dia ya.papun, happy belated birthday fiza :)

    ReplyDelete
  2. insya-Allah..Yana seorang kawan yang baik

    ReplyDelete

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.