Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday, October 07, 2019

Me Time

Isu hot ni.

Anak 1, suka hati je me time. Time tu, Xrasa pon mcm ada me time. Mcm xcukup rehat lg ada lah. Dah anak 2, baru kau tau apa itu rehat yg sebenar kn..hahahaha

Kisahnya, setiap org, ada cabaran yg berbeza, situasi mgkin sama, tapi tetap xserupa.

Bila anak 2, pjj dgn suami, jauh dr fmly, ko akan tahu mksud struggle jaga anak2. Kehidupan harian berubah. Anak 3 aku xtau lah mcm mna. Biras aku cakp, bila dh 3, ok dh..harap2 mcm tu lah walaupun lmbat lagi.🤔

Setelah berhempas pulas, hmpir 4 bulan jadi mama beranak 2, maka aku dpt simpulkan me time yg aku dpt setiap hari adalah dari waktu tidur.

Bak kata Adlil Rajiah (kalau x kenal, p google) "aku rela xckup tidur". Mula2 aku mcm, ape hal plk, tidur kn penting. Kalau xckup tido, mcm mna nk hadap life hr tu. Nk sado sepanjang hari jaga anak2..fuhhh

Tapi dlm xpercaya tu, aku try jugak. Biasa lah. Try n error, mana ada terus pndai kn..belajar, keep learning.

Aku ambik lagi kata2 seseorg ni, uruskn diri betul2 dulu, baru kita boleh uruskn rumah n seisinya.

Mana ntah lagi aku baca, me time yg terbaik utk seorg isteri adalah masa dia dgn Allah, maka bangun lah di tgh mlm, mengadu lah padaNya.

Maka, aku gabungkn semua ni. Pg2, cuba bangun awal. Aku target pkul4, tp kdg2 terbabas jugak. Ye lah, elok nk bangun, anak nk susu plk, dh susukn, tertido plk mama nya. Adoi..nk buat alarm, terkejut plk anak2..anak2 aku ni boleh tahan jugak tahap pendengaran.

Igt, suri rumah xde masa rehat, kalau keje luar, insyaAllah ada masa rehat..jadi boleh d guanakan utk me time masa tu. Tolong jgn berbahas isu suri rumah atau bekerja d luar lagi penat. Apa yg pasti rezeki masing2, Allah bg ikut kemampuan.

Dekat mana ntah lagi aku baca, bngun skrg2nya 30 mnit awal dr kebiasaan. Kalau aku xckup 30 mnit ni..ni utk aku lah. Kalau sbtu ahd, waktu yg sgt bzy, nk topup barang dapur, nk cari segala kperluan..sbtu ahad tu lah. Maka sbtu ahad bkn waktu me time terbaik

Maka, korbankan diri bangun awal pagi utk apa?
Utk bahagiakan diri sendiri. Sbb, bila kita bahgia, kita boleh bahagiakan org lain. Bangun pg2 terus mandi, ikut ko lah nk mandi air panas pon silakan, siapkn diri sendiri, pakai ape yg kita suka, baju yg kita suka, losyen n minyak wangi yg kita suka, cantik kn diri. Ni utk diri sndiri tau. Jgn dok pikiaq sat lagi nk sental jamban, apehal nk pakai cantik2, jgn..skrg me time. So pikir diri sndiri je. Dh puas hati.

Ikut ko lah nk buat apa utk bhagiakan diri sendiri dgn masa yg ada sblm anak2 bangun..tapi alangkah indahnya jika dpt solat tahajud, taubat n ape2, baca quran, zikir, isi sikit rohani. Lps tu kalau nk baca buku ke, nk tgok movie yg korang suka ke..go on. Buat lah. Then, baru go on dgn rutin kerja korang.

Kalau aku, ada jugak aku tarik masa ni utk rancang aktiviti dgn anak. Sbb hajatnya nk home school ridhwan sblm dia masuk tadika. Bkn nk dia pndai abc 123,  ا ب ت  je, tapi nk dia ada asas.

So begitu lah usaha nk me time aku. Aku pon dlm usaha lg utk betul2 dpt me time tu. Aku percaya, mmg perlu me time ni. Sbb emosi kena stabil sis bila ko kena hadap semua sepanjang hari sorg2 n esok rutin yg sama berulang, anak2 makin berhubung sel2 otaknya..maka ko pon tolong lah hubungkn sikit mana2 wayar yg dh putus tu. 😅

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.