Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur untuk berjumpa dengan Ramadhan lagi.
Tiap-tiap tahun mesti ada niat nk jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum-sebelum ni..tapi hampeh (-.-)! Semangat je lebih tapi yang dinamakan U S A H A tu tak dak!
Ramdhan kali ni pun sama, Aku still berharap ada peningkatan untuk Ramdhan kali ni. Umur aku dah semakin mendekati mati dah. Disebabkan tarikh expired ak, aku tau, jadi perlu bersiap sedia sentiasa. Tu pun kadang-kadang tetap alpa dengan dunia. Sibuk itu ini. Kadang-kadang tu sibuk nak berehat, katanya tak cukup rehat. Hadoi lah Hafizah! Dunia ni tempat menanam, akhirat tempat menuai. Kalau di dunia sibuk berehat, di akhirat nanti nk tuai apa cik kak oi?
Ramdhan masuk! Ramadhan masuk!
Terkeluar tajuk pulak...Alhamdulillah, rezeki ramadhan, aku tolong bos lama buat wakaf al-quran di masjid Nilai. Syoook o0o0o0 buat kerja ni. Aku perlu wajibkan diri berada di Masjid 4 waktu solat sehari. Subuh saja ak tak ke masjid. Peluang solat jemaah yang memang terbentang luas..tinggal aku nak tak nak ja.. just gerakkan kaki masuk dewan solat..dan ikut imam..maka pilih lah kn
Syukur juga, melalui kerja ni juga, boleh dikatakan hampir setiap hari aku buka puasa di masjid. Iftar beramai-ramai. Ya Allah, nikmatnya sungguh luar biasa. You all nk tahu, time ni tgh sengkek sikit, maklumlah, orang menganggur, income xda..tapi rezki Allah sangat melimpah ruah..Alhamdulillah tak pernah tak kenyang time buka puasa.
Time solat tarawih pulak, masyaAllah, ramai ibu-ibu yang bawa anak-anak solat bersama mereka. Alhamdulillah, kesedaran untuk mendidik anak-anak mencintai masjid dari kecil tu semakin meningkat..mungkin jemaah masjid nilai boleh dijadikan contoh. Walaupun mereka akan berlari berkejaran, menangis ketawa semasa jemaah bersolat, tetapi mereka masih menjaga batas-batas adab, mereka tidak berlari di hadapan orang sedang bersolat. Mereka ada kawasan bermain yang tersendiri.
Lebih aku kagumi, ibu yang sanggup membawa anak kecil. Mereka bentangkan tilam kecil disebelah mereka, dan mereka tunaikan tarawih berjemaah di masjid. Maka sebenarnya, tidak ada alasan ada anak kecil dirumah, untuk tidak solat berjemaah di masjid kan? sebab, kalau orang boleh, kenapa tidak kita. So, ada lah aku tanam azam nak jadi macam tu satu hari kelak. Mesti akk tu dapat pahala kan?hanya dengan menunjukkan contoh yang baik. SubhanaAllah, mudahnya Allah kurniakan pahala kn?
Sangat ramai yang mengambil peluang ini dengan bersedekah. Di sini, sudah tersusun jadual orang yang menyediakan makanan berbuka puasa. MasyaAllah, awal-awal lagi mereka sudah bersedia menghadapi bulan ramadhan. Hebat! Terdetik pulak di hati aku untuk menjadi kaya, sebab nak jadi macam mereka. Tapi yang sebenarnya, nak bersedekah, tak payang tunggu kaya kan? Bila ada sikit, kita boleh bersedekah cara sedikit. Allahuakbar! Hebatnya Islam!
Time ni jugak, rasa macam ukhwah yang erat tercantum dengan sahabat-sahabat. Kami selalu bersama masa buka puasa. yang bekerja pun sama. Time ni kami dapat bersama. Walaupun seharian tak jumpa, tapi bila time buka puasa, kami bersama. cukup sekadar berbuka dan solat bersama. lepas tu ada yang meneruskan semula kerja masing-masing. Alhamdulillah, nikmat ni dah hilang bila ramadhan pergi..terasa jauh pulak. Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Keluar pagi, balik malam
Macam-macam ragam sebenarnya sepanjang aku berada di masjid. Ada juga yang buruknya, bukan masjid, tapi orangnya..cuma, aku harap kita dapat jadikan sempadan lah cerita-cerita negatif ni..
Ada yang datang ke masjid semata-mata mahu makanan berbuka puasa free..Aku tak kisah part ni, tapi apa lah salahnya, berwuduk dan berjemaah, sekurang-kurangnya solat magrib kalau tak mampu sangat nak tunggu isyak.. aku cuba juga untuk positif, tapi kalau setiap hari macam tu jugak jadual kejadian, macam pelik!
Hujung ramadhan, aku diuji dengan ujian hati. Tak hebat tapi cukup buat aku tersentak dan berfikir. Mungkinkah Allah mahu menguji aku dengan memberikan aku dengan sesuatu yang aku tak suka. Bukankah Allah berfirman bahawa, " boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedangkan ia buruk buat kamu, dan boleh jadi kamu benci sesuatu sedangkan ia baik buat kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui". Allah Ya Allah..sungguh aku teruji. Bukan itu yang aku nantikan, tapi itu lah yang terjadi di pengakhiran ramadhan aku.
Aku berharap, ianya hanya persinggahan dalam perjalanan kehidupan aku.. Semoga Allah rezkikan mereka. Itu doa aku dan mak.
Ramadhan dah lama berlalu, sangat indah ramadhan yang lepas. Ramdhan terindah sebelum aku berangkat pulang ke Perlis hujung tahun ni. InsyaAllah.