Sungguh kematian itu rahsia Allah. Sugguh juga kematian itu menyapa tidak kira waktu tanpa sebarang petanda. Janji Allah itu pasti. Tidak terlewat atau terawal walaupun sesaat.
Perginya Ust. Hamdan memang mengejutkan semua pihak. Aku dengan Miza yang jalan senang lenang nak masuk pejabat, di pagi isnin yang lepas di kejutkan dengan berita pemergian ust.Hamdan oleh ust.Bukhari. Allah Ya Allah, macam terima berita pemergian ayah aku pulak.(macam pernah rasa pulak aku ni kn?)
Dua orang putra beliau turut memberikan penghormatan terakhir dengan menunaikan solat jenazah di Masjid Bandar Baru Salak Tinggi.
Ahli keluarga , rakan seperjuangan menghantar beliau ke destinasi terakhirnya. Semoga beiau di tempatkan bersama para solihin.
Pada malam selasa, Tuan Guru Dato' Dr Harun Din, datang mengepalai majlis tahlil. Darussyifa turut menyediakan jamuan selepas selesai tahlil.
kata tuan guru
" tuan-tuan jangan risau, ini sumbangan darussyifa, kita tak guna harta anak yatim"
Alhamdulillah, turut serta my boss, tuan guru Dr.Zulkifli al-Bakri. Dua orang ulama' bertemu, rasa macam mimpi dapat bekerja dan meninmba ilmu dgn mereka. Terima kasih Ya Allh dengan pemberian ini.
Almarhum Ust. Hamdan Bin Muda. Sebiji bas kementerian pendidikan datang menziarahi beliau semasa hari pemergian beliau. Sangat ramai yang menunaikan solat jenazah pada hari tersebut. Para perawat darussyifa Salak Tinggi, bagi aku, semua ada. Mereka juga tonggak dalam melicinkan segala urusan pengebumian dan majlis tahlil selama 3 malam berturut2.
Gambar kenangan arwah bersama ulama dunia Yusuf al-Qaradawi
0 comments:
Post a Comment