Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, February 14, 2013

Pengajian Darussyifa

Semuanya bermula mengikut arus. Aku tak pasti dengan keputusan aku. Bermula dengan mengahantar borang Darussyifa’ akhir tahun lepas. Aku bercakap pada diri, “ nak ke tak nak, hantar je dulu.”. 

Tiba hari interview, hati aku masih berbelah bahagi, nak pergi ke tak. Sepatutnya aku kerja hari tu. Dilema lah juga buat seketika. Akhirnya, bangun pagi, cakap dekat bos, aku nak pergi interview Darussyifa’. Keputusan muktamad. Maka kami berempat ,aku , Suri, Miza dan Ina pun pergilah Darussyifa’ di Bangi. 


Takdir Allah, kita tak tahu kan…
Ustazah yang interview aku tu, masya Allah, syadid sangat. Tapi sangat mendidik aku untuk lebih ambil berat akan solat dan bacaan al-quran. Syadid tak syadidi ustazah tu, tiga orang sahabat aku, dah siap, aku tak siap lagi, sedangkan aku orang pertama masuk interview. Dahsyat pengalaman yang satu ni. Balik interview, terus masuk kerje. Tq BOS!

Result keluar. Alhamdulillah aku dapat, walaupun tak sangka sebenarnya. Aturan Allah terlalu indah, sesuatu yang sukar kita perolehi pasti kita harginya sebaik dan semampu yang kita boleh kan? Jadi pendaftarannya 5 Januari 2013. Kami masih dalm mood exam masa ni. 

Aku dan yang lain merupakan group ke-25 anak murid Tuan Guru Dr. Harun Din. Tak sangka. Macam mimpi! Hari pendaftaran aku sakit, jadi sahabat-sahabat aku je lah yang tolong dengar taklimat untuk aku. Aku menunggu mereka di kereta dengan Nisak. Walaupun nisak tak masuk belajar sama, tapi kami still bersama, itu yang indahnya hidup bersahabat kan? Susah senang bersama. 

Alhamdulillah, Dah dua bulan belajar dengan tuan guru. Tiap-tiap hari isnin mesti tak sabar nak pergi kelas. Tiap-tiap kali tuan guru masuk ke ruang solat, semasa azan magrib berkumandang, aku mesti tersenyum. Senyum melihat seorang ulama berjalan ke hadapan menuju ke ruangan imam. Indahnya solat berimamkan seorg ulamak. 

Saat yang paling indah, masa beliau cakap, “ saya terima kamu semua sebagai pelajar saya”. Allahukbar, Alhamdulillah. 

Syukur juga pada Ilahi kerana mengurniakan kesihatan tubuh badan pada tuan guru. Alhamdulillah, beliau yang mengajar kami sendiri. Buat masa ni belum ada kelas yang digantikan dengan orang lain. Jika kumpulan sebelum ni, tuan guru kurang sihat, dan kelas digantikan dengan orang lain. Tapi kami, Alhamdulillah. Rezeki dari Allah untuk kami. 

Alhamdulillah juga, kami dapat belajar di Darussyifa’ pusat, jadi tuan gurulah yang mengajar. Jika bukan di pusat, tuan guru hanya mengajar masa pembukaan, tengah dan penutup.Terlalu banyak limpahan rezeki yang Allah berikan untuk kami, Alhamdulillah Ya Allah. Semoga kami terus di pinjamkan kekuatan untuk terus menuntut Ilmu. 

Lebih indah, bila dapat al-fatihah bersanad dari tuan guru, pelajar-pelajar sebelum ni tak dapat. Bak kata tuan guru, " nasib lah". Alhamdulillah, tuan guru teringat untuk bagi al-fatihah bersanad untuk group kami. 

Segala ujian yang melintangi jalan kami untuk belajar di darussyifa’ menyebabkan rasa menjadi pelajar darussyifa’ lebih manis, lebih nikmat dan lebih indah.Aku kuatkan semangat, cuba bawa kereta tanpa ayah aku di sisi, semata-mata untuk belajar di sini. Bila yakin dengan Allah, walau sesusah mana pun perkara itu, pasti Allah tak akan sia-siakan hamba-Nya. Allah pasti tolong ! Allah pasti buka jalan keluarnya. Ingat dan sematkan di minda dan hati! 

1 comments:

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.