Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday, November 06, 2012

1st time

semuanya first time semalam...
memang lah benda sakit,putus cinta,kemalangan..pendek kata segala benda negetif lah, kita tak pernah rancang kan? jadi semalam budak kecik sakit..ana tak pernag tengok dia sakit sebenarnya..ni kali pertama. kami bawa dia pegi klinik,tu pun lepas tawaf nilai ok...kena tmbah klinik lagi lah dekat nilai ni nampaknya...ok budak kecik still tak stabil, jadi dia perlu ke Hospital Serdang.

Pukul1 pagi,buat pertama kalinya aku naik ambulan...masa tengah cuak tu, boleh pulak budak kecik pengsan..Alhamdulillah,dia sedar sebelum sampai hospital. Aku pegi dengan Ina. Ustaz Safwan banyak membantu,Tima kasih ustaz. sampai je hospital,Budak kecik terus masuk zon merah,zon kritikal...jadi lah aku and ina pungguk yang setia menunggu di luar..macam kat LONDON...sejuk sangat!

Nak di jadikan cerita aku bertambah menarik,betry fon aku habis..tak prepare pun sebarang barang untuk berkelah di hospital, jadi aku tak dapat nak call mana-mana manusia, mesej pun sama lah..kesian Ina,,habis kredit dia..maaf sbb xdpt mmbntu.

Sepanjang menunggu Miza.. macam-macam manusia lah yang jumpa, macam-macam sakitnya, macam-macam ragamnya..bahagian kecemassan kan..jadi semua yang datang tu,,sakit-sakit kecemasan lah..yang kena langgar lari lah..macam-macam lah

lepas subuh,aku masuk tengok budak kecik...alahai,budak kecik ni,semakin kecik pulak aku tengok..tak lama pun aku kat dalam, doktor cakap...miza kena masuk wad. Ni maksudnya miza kena tinggal sini lah ni..adeh..aku tak leh jumpa budak kecik selalu? alahai...risau pulak aku.

Di skip kan cerita..kul12..aku masuk jumpa miza lagi,dan dapat tahu miza kena masuk icu..wayer kat badan dia makin bertambah..cucuk sana,cucuk sini..lagi lah rasa nak menangis...bila aku keluar, aku nampak kelibat Mazyyah...aku ingatkan ada orang muka macam mazyyah kot...sampai lah Mazyyah tolak kerusi roda depan aku, baru lah aku yakin itu Mazyyah..Yana luka-luka? sebab apa?macam banyak pulak soalan masa tu..

Rupanya,Yana jatuh moto..teruk juga..aku sempat tengok-tengok macam tu je lah..sebab seluruh otak dan fikiran aku masa tu, ada dekat budak kecik je...pkul 2 macam tu, pihak pengurusan jati datang..lepas diaorang setel apa yang patut,kami di paksa balik..aduh! jatuh gak air mata..budak kecik tak stabil lagi masa tu...nak tinggal macam tu ja? rela dalam paksa!

1 comments:

  1. syafakillah...alhmdulillah..brtuahnye...trpilih utk d uji sebegitu...insyaAllah..Allah tlh mnggugurkn dosa2 kcilnye..

    ReplyDelete

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.