Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday, November 06, 2012

kawan baru


Alhamdulillah,alhamdulillah, Alhamdulillah, syukur pada Ilahi yang mengaturkan yang terbaik buat aku..Alhamdulillah..

Dua Minggu lepas kami dapat kawan baru..aku and semua my best housemate aku dapat kawan baru di Darussyifa..Alkisah pertemuan kami dengan kawan baru, agak teragis..sedikit  sedih,,tapi bagi aku banyak juga lah sedihnya..Ya Allah hebatnya dugaan dia..

Alhamdulillah, bila aku di Darussyifa, aku rasa sungguh-sungguh bersyukur sebab aku di hadapkan dan di pertemukan dengan hamba-hamba-Nya yang penuh dengan ujian, jadi apa lagi alasan aku untuk tidak bersyukur kan?

Sahabat baru kami, muda dari aku dua tahun..sudah semestinya perempuan..mula dari menghulurkan bantuan seadanya je..bertitik mula dari itu lah kami bersahabat dengannya…bertukar-tukar phone number…lepas tu berhubung lah..heheheh

Tak kenal maka tak cinta kan?
Hari rabu minggu lepas, kami ke tempat belajar dia..kami ke sana atas tujuan lain, untuk selesaikan masalah kami sikit,,Alhamdulillah,Allah membantu kami,membuka jalan untuk mengeratkan silaturahim dengannya..berbual seketika, makan bersama dan berkongsi cerita serta nasihat.

Masya-Allah, semoga gugur dosanya bersama sakit yang di tanggung..Ameen.
Cerita sedihnya..dia tak ada kawan perempuan, tidak ada sahabat yang membantu tika dirinya dihadapkan dengan ujian..tidak ada yangn sanggup menempuhinya bersama..sumber kekuatannya hanya dari Si Dia..

Ok, dalam konteks percintaan diaorang ni, aku memang tak ada halangan, sebab, Si Dia tu memang ada niat nak kahwin dengan dia pun, Cuma dapat tentangan dari family dia..atas alasan yang tak dapat aku terima...bukan sekali dua, Si Dia memohon kebenaran untuk menikahi dia, dari ibu dia..tapi,asyik di tolak je..sadis betul!kalau aku di hadapkan dengan ujian dia belum tentu aku sekuat dan setabah dia..Kekuatan yang ada pada dia yang menjadikan dia insan yang TERPILIH dan DIPILIH Allah untuk menerima ujian ini kan…semoga Allah melembutkan hati ibunya untuk menerima Si Dia sebagai menantu..bukan apa, dalam keadaan tanpa sebarang ikatan, Si Dia tak dapat membantu banyak perkara, banyak yang terbatas..tambah-tambah, dia tak ada kawan perempuan,,jadi? Fikirlah sendiri ya..

Buat masa ni..kami je lah kawan perempuan dia buat masa ni..sedih kan? Alhamdulillah, aku di kelilingi insan-insan mulia..ramai yang mahu menghulurkan bantuan,ramai berada di sisi saat di perlukan..terujinya dia hanya Allah yang tahu..masalah kesihatan, masalah keluarga, masalah pembelajaran, masalah percintaan…Kuatkanlah dia Ya Allah…

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.