Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday, May 08, 2012

Cinta Sebelum Kahwin

Mesej masuk inbox. "Apa yang saya petut ada untuk jadi suami awak? " Bunyi mesej tersebut.
Agak lama memikirkan jawapan yang sesuai. Tak mahu ada hati yang terluka. Kadang-kadang, kata-kata boleh jadi lebih tajam dari mata pedang kan? 
Mesej ditaip setelah karang ayat agak lama..." Jadilah hamba Allah yang taat pada perintahnya, dan umat Nabi Muhammad yang mengamalkan sunnahnya." Butang send ditekan, mesej send.
Mesej masuk inbox lagi, " Perlukah saya tinggalkan minat saya ?"

Awak tak perlu tinggalkan semua yang awak minat kerana cinta manusia, Saya tak lihat pengorbanan meninggalkan apa yang kita minati adalah perlu demi cinta manusia. Jangan berubah menjadi orang baru demi cinta manusia. Jika benar cinta, awak hanya perlu jadi diri sendiri, tak perlu bertukar menjadi insan sempurna atau insan idaman Si Cinta Hati awak. Kita tak akan mampu memuaskan hati semua orang, termasuk hati orang yang kita sayang. 

Pernahkan jumpa seorang suami atau isteri yang kembali kepada agama asal setelah berpisah dengan pasangan mereka? Mereka memeluk islam bukan kerana Allah swt tapi kerana cinta mereka pada manusia. Bila hilang dan pudar cinta antara mereka, maka perubahan tadi juga sudah tidak bermakna walaupun perubahan tersebut ke arah kebaikkan.

Persiapkanlah diri untuk meraih cinta Si Cinta Hati seperti yang telah di tetapkan oleh Allah swt dan Rasulullah saw. Guideline  nya sudah ada tertulis di dalam Al-Quran dan Hadis. Apa yang patut di amalkan dan apa yang patut di tinggalkan jelas di situ. Jika ada sebarang pertanyaan, saya bukan orang yang selayaknya untuk dijadikan sebagai tempat rujukan. Di luar sana masih ramai ustaz terutamanya dan ustazah yang mampu memberikan penerangan.

Tak selamanya perubahan mampu bertahan hanya dengan bertiketkan CINTA MANUSIA. Tapi cinta ALLAH swt akan menguatkan kita, akan menyatukan kita, akan mengeratkan kita. Sama-samalah kita raih cinta Ilahi di sampaing siapkan diri bertemu Si Cinta Hati. Tak mudah tapi tak susah.

Jika iman terpahat dalam diri, ana percaya, ceburilah bidang mana sekalipun, iman tersebut akan menjadi pembatasnya, iman tersebut akan menjadi temboknya. Ana tak pernah mendabik dada, mengatakan ana insan mulia dan hanya layak untuk insan mulia. Ana tak ada sedikit pun hak untuk  menghukum atau mengklasifikasikan manusia, cuma pandangan ana dalam soal ini, 

Si Cinta Hati,
sepatutnya tidak akan mampu mengubah kita,
jika Cinta Tertinggi di letakkan pada tempat yang selayaknya.
Cinta Tertinggi,
akan mengubah kita 
jika kita berubah untuk meraih cinta-Nya.

Pesanan khidmat negara dari ana, jangan berubah kerana manusia, jangan berubah kerana cinta manusia.
Ikhlaskan diri berubah kerana Allah swt. Tetapkan niat kerana Allah swt. Insya-Allah akan ada kemanisan yang tersedia. 

Pahit jalan mujahadah kerana syurga itu manis. ^_^


0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.