Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday, May 27, 2012

Di sebalik sebuah ujian

Aku pernah bercerita kisah ini pada entri yang lepas. Kisah itu untuk satu masa yang sangat singkat. Kini setelah hampir sebulan lebih kami melalui semua ini, terlalu banyak ilmu yang kami peroleh, TERLALU BANYAK NIKMAT ALLAH kurniakan buat kami. Semoga Allah SWT menjauhkan kami dari golongan yang kufur nikmat-Nya, Ameen.

Kisah kami masih berlanjutan sehingga sekarang. Tapi pengalaman ini lah yang sungguh beharga buat aku. Terlalu beharga mungkin.

Keyakinan aku pada Alam ghaib semakin kuat,Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah , “(yaitu) mereka yang beriman[13] kepada yang ghaib[14], yang mendirikan shalat[15], dan menafkahkan sebahagian rezki[16] yang kami anugerahkan kepada mereka.”

Dan sememangnya Allah menciptakan manusia dan jin semata-mata untuk beribdat kepadanya. Pada ayat ini jelas terbukti wujudnya golongan jin. Perkara yang perlu di yakini bukan untuk di takuti. Sama-samalah kita berusaha untuk kuatkan rohani kita untuk menjauhi rasa takut akannya melebihi rasa takut kita pada Allah SWT,insya-Allah,Ameen.

Pengalaman ini juga sungguh bermakna kerana buat pertama kalinya ana menjejakkan kaki ke Darussyifa. Sebelum ni just tahu nama saja tak pernah pergi pun.Di sana, aku di izinkan untuk berjumpa dengan beberapa ragam pesakit.

Alhamdulillah, pengalaman berada di sana membuka hati aku untuk memdalami ilmu perubatan islam. Insya-Allah, bila tiba masanya, akan aku ikuti kelas perubatan ini. Permudahkan jalan ini Ya Allah.

Banyak ilmu yang berguna daripada sekolah pengalaman kali ini. Salah satunya, orang yang di sihir tidak boleh makan atau minum minuman yang masam (limau). Air limau nipis akan menguatkan lagi sihir tersebut.

Golongan jin juga hidup seperti kita, makan, minum, berkahwin dan mempunyai anak. Mereka juga terdiri daripada golongan islam, kafir serta tidak beragama. Mereka juga mempunyai kerajaan seperti kita.

“Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia”, ayat ni aki tak berapa faham, perlukan sedikit penerangan untuk penjelasan. Semasa proses rawatan dijalankan, tidak 100% kata-kata golongan ini boleh di percayai. Kita boleh ambil 50% saja, 50% lagi jangan percaya,siasat dulu!

Berjaya atau tidak rawatan tersebut terletak kepada diri pesakit itu sendiri, sebanyak 80% TAPI dengan IZIN ALLAH juga lah. Kita hanya boleh membantu pesakit dari luar. Kita boleh memebantu dengan memberi motivasi kepada pesakit. Pesakit sendiri perlu kuat rohani dan jasmani.

Apabila kita ditimpa kesusahan atau sedang diuji, Kita akan faham, betapa perlu dan wajib kita meletakkan pergantungan kita hanya kepada DIA YANG ESA, bukan pada yang selainya. Hanya Allah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik sandaran.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.