Baby?
Aku suka baby...
ok..kita masuk story sebenar aku.
Alhamdulillah, syukur sebab sahabat aku yang sorang ni murah rezekinya.
Semoga ini yang terbaik buatnya.
Berita ni dah lama..cuma tak pasti..
Aku tunggu masa di pastikan dulu,So sekarang dah pasti dah..
Tahniah! dari aku.
"Ko tahu,suami aku gembira sangat."
Memang macam tu lah kan. Aku selalu tengok dalam drama. Suami mesti suka habis bila isteri dia disahkan mengandung. Happy sesangat.
mula-mula..
cita time kahwin dulu..
"Fizah..ak dah kahwin" ..masa tu aku sibuk dok dengaq ustaz adab dok ngajaq..dalam hati" Betoi ka? relek Hafizah relek,belajq dulu,sat g kita setel benda ni, tenang dulu." Habis ja kelas. " Ang tunjuk dulu buktinya baru aku caya,"..ok sahabat aku tunjuk surat nikah sementara tunggu kad nikah siap. Ok bereh..stament yang benar dan boleh dipercayai sebab disertakan dengan bukti.
masa final exam..
Aku duduk sebelah sahabat ni. " Fizah.." sahabat aku memanggil nama aku sambil usap perut." Betul ka?" Aku macam tak caya. cepatnya. Berita kali ni memang buat aku teruja. Masa tu juga aku bersuara,dah tak kira dalam dewan exam or tak..."tak tau betul ke tak,petang ni aku nak buat pgntcy test." ok..xleh teruja sangat. Aku pun tak nak dia mengharap sangat,nanti takut dia kecewa.
esoknya,,
" Aku dah buat,positif Fizah". Allahu rabbi. Aku memang suka sangat lah. Tapi sahabat aku tak bagi hebohkan lagi sebab nak cek klinik dulu,nak doktor sahkan dulu. Ok,aku simpan ketat-ketat. Hanya orang terdekat saja yang tahu..
lepas tu?
Kesian dia..Sebelum kahwin,dia sakit,teruk juga lah. Dah kahwin pun sakit juga. Ini pengobanan pertama dia sebagai ibu. Dia tak boleh makan nasi,bukan setakat tak boleh makan,bau nasi pun tak boleh. Bau saja dah boleh buat dia loya. Memang kurus kering jadinya. Tiap kali aku masuk dewan exam,,nampak dia tak bermaya sangat,tapi digagahnya jua.
part paling menarik?
suami dia pun alah gak. Suami dia demam seminggu. kira ok lah Allah bagi rasa juga sikit beban isteri kan?
mengidam?
part ni tak payah cakap lah. Banyak sangat. kejap nak tu,kejap nak ni. Ada sekali dia nak makan buah nanas. Aduh mak,jangan buat gila lah, mengandung tak sampai sebulan pun lagi, lebih baik mencegah dari merawat kan? Dia nak makan mangga muda yang masam. Sampai nilai 3 dicari,last-last dia cakap tak masam pun. orang lain makan dah masam gila dah,boleh pulak dia cakap tak masam.
Banyak sangat yang dia nak. Kalau hari ada pasar malam,kadang-kadang kami saja lari dari dia,sebab dia nak pesan macam-macam. bukan tak kesian,tapi bila dah beli,dia makan sikit sangat. semulut dua ja. Apa pun bagi aku,agak susah lah nak jaga karenah ibu mengandung ni. SABAR tu perlu tinggi terutama suami.
Hari-hari sahabat aku makan roti ja. Bayangkan dia hidup dengan roti ja. kalau aku memang tak tahan lah,perut melayu tulen ni...hehehehe
Part yang tak best?
nanti dia dah tak sama dengan aku. Dia akan tangguh sem. sebab bersalin lah. Tapi ketetapan Allah adalah yang terbaik buat hamba-Nya..Semoga dia dan baby sihat.