Warkah ini ditinta kerana bibir tak mampu melafzkannya..
Bacalah bicara hati yanng tertinta ini duhai sahabat. Aku tahu kau sayangkanku kerana-Nya. Terjalinnya ukhwah kita kerana-Nya. Kau juga mahu ukhwah ini berjalan dan bertahan kerana-Nya. Aku ucapkan ribuan terima kasih kernana menghulurkan tangan persahabatan di saat aku keseorangan tidak berteman.Kisah kita bermula saat kita dijodohkan untuk bertemu di bumi barakah USIM. Alhamdulillah,aku dipertemukan dengan insan-insan yang berhati mulia.Kita sekelas semasa di kampus. Kita berjiran semasa di kolej. Saat kita bertemu, aku punya prinsip yang utuh yang ku sematkan dihati. Prinsipnya, pertama,persahabatan yang terjalin tidak boleh terlalu utuh. Sebab? sebabnya aku pernah difitnah kerana sebuah tali persahabatan. Aku fobia dengan hubungan yang bernama 'persahabatan'..Aku serik. Sekali lagi,orang tak akan tahu apa yang terjadi selagi tidak merasainya sendiri. Nasihat aku kat sini, jangan main cakap saja. Cubalah soal selidik dulu apa yang berlaku. Tutup sejarah dulu..tak perlu dikenang sebab kadang-kadang boleh membuatkan hati tidak ikhlas dan mengungkit apa yang tidak perlu. Biarlah ianya tertanam nun jauh kedalam lipatan sejarah. Jika biarlah ianya lenyap seiring berlalunya masa.
Lepas kita bersahabat sekian lama,kau katakan aku tersenarai dalam list kawan baikmu. Aku berfikir panjang sebab aku tak punya perasaan itu. Tapi dari sudut lain aku perli mengakuinya. Sebab masuk semester 2 kita lebih rapat. Segalanya kita kongsi bersama. Aku semakin dapat menerima semula perkataan 'kawan baik' dalam kamus hidup.
Saat badai melanda..
Badai yang dalam diam menghempas pantai hati masing-masing. Aku tahu,cuma aku sengaja keraskan hati untuk butakan mata akan semua yang sedang berlaku. Coz of what? Hati ini tak tertanggung semua tu. Ini lah saat yang paling aku tak gemari. Aku tahu kau kerap kali menitiskan air mata kerana memendam rasa. Ditambah pula sikap aku yang acuh tak acuh,tak ambil kisah,buat tak tahu dan seangkatan dengannya..
Saat aku perlu memilih..
Aku pilih dia bukan kau. Sebab aku yakin kau kuat. Kau mampu harunginya dan kau masih punya ramai teman yang mahu menemanimu. Dia lain,dia lemah. kadang-kala dia tidak mampu berikir secara waras saat tertekan. Bukan tek pernah dia buat kerja gila,bukan sekali dua. Itu sangat merisaukan aku. Maaf jika aku pilih dia saat kau memerlukan aku.
Jika mampu,
aku mahu aku adil dalam sebuah ikatan persahabatan. Tapi aku hanya seorang insan yang punya satu hatu dan satu abtang tubuh. Aku bukan NARUTO yang boleh jadi banyak-banyak. Kalau boleh dah lama aku buat sebab aku nak bahagiakan semua orang.
Aku tahu kau sentiasa ada. Terima kasih untuk segalanya. A lot of thanks. Mugkin juga dimata kau,aku hanya mencarimu saat susah dan melupaimu disaat senang. Beribu kemaafan ku hulurkan. aku mahu semuanya selesai. Ketahuilah,aku aham jika kau tidak mampu bertahan untuk menjadi sahabat baikku. Carilah sahabat yang mampu bersamamu sentiasa dan tahu menghargai setiap yang kau lakukan.
0 comments:
Post a Comment