Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, January 26, 2012

Barakallah

 Alhamdulillah...
Dua orang adik beradik dalam Family USIM telah selamat diijab kabulkan. Andak dan kak Chik. Kita cerita tentang andak dulu ok.



Kalau tak silap ni time nak akad nikah. huhuhu teka ja sebab aku tak turut serta dalam majlis tersebut. Ni majlis sebelah pengantin perempaun. Sebelah pangantin lelaki insya-Allah bulan tiga nanti.


Penyerahan mas kahwin.



Gambar ni jelas dan terang gambar pengantin perempuan dan pengantin laki kan. Dua -dua masih belajar. Andak mestilah dekat USIM jurusan sama lah dengan ana BAHASA ARAB DAN KOMUNIKASI. Wife dia study di INSANIAH jurusan USULUDDIN.




 Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah yang satu ni. Cantik sangat lah wife andak ni bagi aku. 





Selesai cerita andak..
kita masuk cerita kak Chik..tak ada gambar lah nak post coz 29 ni baru nak buat kenduri. Akadnya sudah, bulan 12 lepas. Yang paling tak tahan,kak Chik bagi hadiah birthday aku buku tentang perkahwinan. Dia kata ambil berkat.Ramai pulak yang doakan aku kahwin cepat..
Kedua-dua pasangan ni dari pahang dan bertemu jodoh dengan orang pahang juga. Alhamdulillah orang dekat. Mudah kan.
Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.